Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rang.ka] | راڠک

Definisi : 1. tulang-tulangan (tubuh, rumah, dll), kerangka: ~ basikal; badannya kurus kering, tinggal ~; ~ rumah sudah berdiri; 2. buram, bagan, rancangan (yg menyeluruh dan tidak terperinci): guru hendaklah meng­gunakan berbagai-bagai kaedah utk men­dapat kejayaan, oleh yg demikian ~ yg diberikan ini hanyalah panduan sahaja; 30 orang intelek Melayu dr seluruh Malaysia akan membuat satu pertemuan awal dgn beliau dlm ~ sokongan intelek-intelek; ~ lawatan rancangan menyeluruh lawatan atau kunjungan; ~ pembangunan rang (ren-cana) pembangunan; berangka mempunyai rangka, ada bentuk­nya (bangunnya dll): binatang yg tidak ~; syair yg ~ tetap; merangka membuat atau mengatur rangka (rancangan, rencana, dll) utk sesuatu: malam itu abang ~ jadual utk esok; baginda akan membaca titah diraja yg ~ dasar kerajaan; dia ~ program yg akan diisinya kelak; merangka-rangka mengatur-atur, mereka-reka: ia ~ bahan yg akan dipercakapkan nanti; perangkaan ilmu yg membicarakan cara-cara membuat kesimpulan drpd data, meng­analisis data dan mentafsir data, statistik; perangka orang yg merangka (program, ran­cangan dsb), perancang: para ~ dan penyelia program ini terdiri drpd pegawai di Kemen­terian Pendidikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rang.ka] | راڠک

Definisi : ark tempat duduk di atas belakang gajah: Raja Melaka pun naik ke atas gajah yg berangka emas; ® rengga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rang.ka] | راڠک

Definisi : 1 tulang-tulang yg menentukan bentuk tubuh manusia atau binatang; kerangka. 2 tulang-tulang atau kerangka pd rumah (yg menunjukkan bentuknya). 3 garis-garis kasar bagi sesuatu perkara; rancangan: Sebelum mengarang, sediakanlah ~nya dahulu. berangka mempunyai rangka; ada bentuknya (bangunnya). merangkakan membuat atau mengatur rangka utk sesuatu: Mereka berusaha ~ satu projek yg menguntungkan semua pihak. merangka-rangkakan mengatur-atur; mereka-reka: Ia ~ bahan yg akan diucapkan esok. perangka orang atau pihak yg merangkakan sesuatu: Para ~ program itu sedang bermesyuarat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rangka (kata nama)
1. Bersinonim dengan kerangka: tulang-tulangan, tengkorak, bengkarak, ragangan, rongkong, bingkai,

2. Bersinonim dengan rancangan: rencana, buram, bagan, draf, rang,

Kata Terbitan : berangka, merangka, merangka-rangka, perangkaan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
radiolarianradiolariaSains MarinTiadaProtozoa berdiameter 0.1-0.2 mm yang menghasilkan rangka mineral kompleks. Rangka tersebut dipanggil "testa" dan biasanya terhasil daripada silika. Radiolaria biasanya mempunyai kapsul tengah yang membahagikan sel kepada bahagian dalaman dan bahagian luaran endoplasma dan ektoplasma. Radiolaria sebahagian daripada komuniti zooplankton dan boleh dijumpai di seluruh lautan dan tinggalan rangka radiolaria ini membentuk ooz bersilika yang menutupi sebahagian besar dasar laut. Radiolaria juga penting sebagai fosil diagnostik yang ditemui dari zaman Cambrian dan selepasnya. Beberapa fosil radiolaria yang biasa ditemui termasuk Actinomma, Heliosphaera dan Hexadoridium.
carcaserangkaKesenianTiadaBagan: Rangka yang membentuk struktur sesuatu benda.
skeletalrangkaBiologiTiadaBerkaitan dengan rangka.
appendicular skeletonrangka apendajSains SukanBiomekanikRangka yang mengandungi tulang dan cuaran (tulang yang berbentuk lengkungan atau bonjolan).
axial skeletonrangka paksiSains SukanBiomekanikRangka yang terdiri daripada tengkorak, turus vertebra dan tulang rusuk.
central skeletonrangka utamaSains SukanBiomekanikRangka badan yang terdiri daripada tengkorak, vertebra, tulang rusuk dan sternum.
under bodyrangka bawahKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaStruktur dan bahagian bawah rangka kereta.
body harnessharnes rangkaKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaLitar elektrik yang terdapat di dalam rangka kereta yang disusun secara kemas dan rapi
inner pillartetiang dalamKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaStruktur yang dipasang dalam rangka kereta sebagai penutup dan penguat rangka tetiang.
carcaserangkaPerikananTiadaTiada
12345678

Kembali ke atas