ladder network | rangkaian tangga | Kejuruteraan | Tiada | 1. Rangkaian yang terdiri daripada rangkaian-rangkaian H, L, T atau pi, yang tersambung secara siri.,2. Suatu siri perintang filem yang mempunyai nilai daripada perintang tertinggi ke perintang terendah disusutkan mengikut nisbah yang diketahui. |
local network | rangkaian tempatan | Kejuruteraan | Tiada | 1. Rangkaian-rangkaian dalam loji yang tidak bersandar kepada litar-litar terpajak atau tersuis awam untuk membekalkan laluan-laluan penghantaran komunikasi data.,2. Bahagian rangkaian telefon yang dibentuk oleh telefon pelanggan, talian-talian ke ibu-ibu sawat tempatan dan ibu-ibu sawat tempatan itu sendiri. Ia berbeza dengan rangkaian sesalur yang merangkumi sekali ibu-ibu sawat sesalur dan talian-talian sesalur. |
neutral equilibrium | keseimbangan neutral | Geografi | Tiada | Sistem fizikal sebenar rangkaian-rangkaian di antara titik-titik di sepanjang mana pergerakan boleh berlaku. |
VPN (virtual private network) | VPN (rangkaian persendirian maya) | Teknologi Maklumat | Tiada | Rangkaian komunikasi yang menggunakan rangkaian persendirian selain rangkaian telefon suis awam(PSTN) sebagai tulang belakang rangkaian kawasan luas(WAN). |
information superhighway | lebuh raya maklumat | Teknologi Maklumat | Tiada | Rangkaian maklumat dan komunikasi yang berlebar jalur tinggi di peringkat sesuatu negara atau kawasan termasuk internet dan jenis-jenis rangkaian lain seperti rangkaian telefon, rangkaian kabel TV dan rangkaian satelit komunikasi. Lebuh raya ini digunakan untuk menghantar dan menerima data, suara, multimedia, video dan lain-lain maklumat. |
Internet | Internet | Teknologi Maklumat | Tiada | Rangkaian komputer antarabangsa yang terdiri daripada beribu-ribu rangkaian komputer. Rangkaian ini menggunakan protokol komunikasi TCP/IP. Bermula dengan ARPANET pada tahun 1969, Internet telah berkembang meliputi rangkaian komputer untuk akademik dan penyelidikan dan seterusnya untuk tujuan komersial. Ia meliputi perkhidmatan e-mel, jaringan sejagat(WWW), pemindahan fail dan saling bual Internet(IRC). Perkembangannya amat pesat dan digunakan oleh lebih daripada 600 juta individu di seluruh dunia(pada 2003). Sinonim antara rangkaian, Net Lihat juga ARPANET |
global information highway | lebuh raya maklumat sejagat | Teknologi Maklumat | Tiada | Rangkaian maklumat dan komunikasi yang berlebar jalur tinggi dan disambung ke seluruh dunia (tidak terhad kepada sesuatu negara) termasuk internet dan jenis-jenis rangkaian lain seperti rangkaian telefon, rangkaian kabel TV dan rangkaian satelit komunikasi. Lebuh raya ini diguna untuk menghantar dan menerima data, suara, multimedia, video dan lain-lain maklumat seperti penyiaran. |
global information highway | lebuh raya maklumat sejagat | Teknologi Maklumat | Tiada | Rangkaian maklumat dan komunikasi yang berlebar jalur tinggi dan disambung ke seluruh dunia (tidak terhad kepada sesuatu negara) termasuk internet dan jenis-jenis rangkaian lain seperti rangkaian telefon, rangkaian kabel TV dan rangkaian satelit komunikasi. Lebuh raya ini diguna untuk menghantar dan menerima data, suara, multimedia, video dan lain-lain maklumat seperti penyiaran. |
Simple Network Management Protocol (SNMP) | Protokol Pengurusan Rangkaian Mudah (SNMP) | Teknologi Maklumat | Tiada | Suatu set prosedur untuk mengurus rangkaian dan memantau peranti rangkaian dan fungsi peranti tersebut. SNMP akan memaklumkan pentadbir rangkaian sekiranya peranti rangkaian memerlukan perhatian, seperti ketika pencetak kekurangan toner atau pencetak tersangkut kertas. |
IDN (integrated digital network) | IDN (rangkaian digital bersepadu) | Teknologi Maklumat | Tiada | Rangkaian telekomunikasi awam digital yang menjadi tunggak kepada rangkaian telefon. Rangkaian ini menyediakan pelbagai perkhidmatan. |