rationalization | rasionalisasi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Penjelasan pemikiran yang diterima akal, logik, berasaskan kepada hubungan sebab-musabab dan saintifik. Walau bagaimanapun, penjelasan ini tidak semestinya benar tetapi logik yang digunakan dapat diterima oleh fikiran pendengar. Penjelasan yang rasional ini kadangkala boleh bersifat negatif tetapi apabila dilahirkan secara munasabah, ia boleh mempengaruhi pemikiran seseorang. Ahli falsafah Immanuel Kant sering menggunakan rasionalisasi dalam penjelasannya berhubung dengan sesuatu perkara. Sinonim rasional. |
rational | rasional | Sains Politik | Politik Perbandingan | Lihat rasionalisasi. |
rationalism | rasionalisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman yang bersandarkan alasan yang diterima akal, logik dan berasas. Lihat juga rasionalisasi. |
fraud triangle theory | teori penipuan segi tiga | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Teori yang dikembangkan oleh Donald Cressey yang menerangkan faktor-faktor yang menyebabkan penipuan dan tingkah laku yang tidak beretika yang lain. Tiga elemen dalam teori ini ialah tekanan, peluang dan rasionalisasi. Teori ini sering digunakan dalam menjelaskan jenayah kolar putih. |
charismatic leadership | kepimpinan berkarisma | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sifat kepimpinan luar biasa dan sangat istimewa yang dimiliki oleh pemimpin tertentu sama ada yang bersifat keagamaan atau politik dalam mengetuai masyarakat atau negara. Autoriti sesebuah organisasi atau masyarakat itu amat bergantung kepada sifat karisma tersebut. Pemimpin berkarisma akan memaksimumkan segala kebolehannya untuk mendapatkan sokongan dan perhatian masyarakat. Bagi masyarakat tradisi, kelahiran pemimpin ini amat penting sebagai pencetus kepada perubahan atau revolusi. Secara amnya, kepimpinan karismatik ini lahir dalam masyarakat yang memiliki kadar rasional yang masih rendah. Max Weber tokoh yang mengutarakan konsep kepimpinan ini menyatakan bahawa karisma seseorang pemimpin akan menjadi berkurangan mengikut tahap rasionalisasi masyarakat. Semakin tinggi tahap rasionalisasi masyarakat semakin kurang idola karisma seseorang pemimpin. Contohnya, pemimpin seperti Adolf Hitler, Lenin, Soekarno dan Mahatma Gandhi. |