Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.sio.na.lis.me] | راسيوناليسمى

Definisi : fahaman bahawa taakulan adalah asas yg paling baik dlm melakukan sesuatu tindakan, menyelesaikan masalah, dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rasionalisme


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rationalismrasionalismeSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang bersandarkan alasan yang diterima akal, logik dan berasas. Lihat juga rasionalisasi.
sectarianismsektarianismeSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang mengutamakan sentimen kelompok tertentu yang berasaskan agama, bahasa, kekeluargaan, tempat asal, hubungan darah, warna kulit mahupun ideologi. Fahaman ini menolak unsur objektiviti atau rasionalisme yang boleh menggugat kepentingan kelompok yang diutamakan. Pemikiran parokial ini terdapat dalam sebuah masyarakat yang tradisional, kurang pendidikan dan terpisah dari dunia luar. Walau bagaimanapun, unsur ini juga terdapat dalam masyarakat moden terutamanya yang berasaskan ideologi dan organisasi tertentu. Contohnya, faham kepuakan adalah sangat tinggi dalam politik India apabila setiap kaum dan negeri memiliki parti dan NGO sendiri seperti Liga Muslim, Hindu Mahasabha, Akali Dal dan Telugu Desam. Sinonim faham kepuakan.
secular statenegara sekularSains PolitikPolitik PerbandinganPemerintahan sesebuah negara yang tidak langsung bersandarkan kepada keagamaan atau unsur kepercayaan mistik. Pemerintahan ini memisahkan persoalan politik dan negara daripada sebarang peraturan keagamaan. Dalam pemerintahan ini, unsur rasionalisme memainkan peranan penting menggantikan peraturan agama. Kesalahan jenayah atau sivil tidak dihukum atau diadili melalui perundangan agama, sebaliknya melalui proses perundangan yang bebas. Demikian juga proses politik dan persaingan yang dilaksanakan bebas daripada tuntutan sebarang agama seperti mahukan ulama menjadi pemerintah.
ultramontanismultramontanismeSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang mengutamakan kuasa gereja dalam pemerintahan negara. Fahaman ini berkembang pada zaman kegemilangan Rom semasa agama atau gereja memainkan peranan penting dalam urusan pemerintahan. Fahaman ini juga berkembang sebagai reaksi kepada perkembangan rasionalisme dan humanisme yang cuba menggugat peranan gereja. Pendukung fahaman ini telah melaksanakan berbagaibagai gerakan bagi memelihara kedudukan tinggi agama dan pope. Kini perbincangan mengenai ultramontanisme tidak terbatas kepada agama Kristian semata-mata.

Kembali ke atas