official count | pengiraan rasmi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Proses mengira undi yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa seperti suruhanjaya piIihan raya atau MajIis Perwakilan. Pengiraan dan keputusan dianggap rasmi apabila pihak berautoriti ini yang melaksanakannya. Pengiraan biasanya dibuat secara terbuka atau sulit menurut peraturan sesebuah pertubuhan atau negara. Contohnya, pengiraan dan keputusan undi yang dikendalikan oIeh Suruhanjaya PiIihan Raya Malaysia dianggap rasmi dan sah. |
protest movement | gerakan protes | Sains Politik | Politik Perbandingan | Gerakan membantah yang dibuat oleh satu organisasi rasmi atau kelompok orang kebanyakan yang tidak rasmi kerana tidak berpuas hati terhadap pihak yang lebih berkuasa seperti kerajaan, majikan atau pihak yang berautoriti. Bantahan ini dibuat dalam bentuk demonstrasi, piket, penyerahan surat atau memo, tidak hadir bekerja atau berhenti secara beramai-ramai. Bantahan seperti demostrasi dan piket ditunjukkan kepada orang awam bagi menarik simpati atau sokongan. Biasanya gerakan seperti ini tidak melakukan keganasan. Contohnya, penyerahan memo oleh beberapa NGO kepada Kedutaan Amerika Syarikat sebagai gerakan protes mereka terhadap serangan kuasa besar itu ke atas Iraq. |
pharmacopoeia | farmakopeia | Herba | Tiada | Dokumen rasmi yang mengandungi monograf bagi bahan mentah dan sediaan herba serta deskripsi, kaedah ujian, prosedur penyediaan dan pembuatan yang terpiawai. Farmakopeia membolehkan bahan herba dihasilkan dan dipiawaikan secara seragam. Dokumen ini diterbitkan mengikut arahan rasmi kerajaan atau pertubuhan yang bekerjasama dengan pihak berkuasa kerajaan. Walau bagaimanapun, kesahannya tertakluk kepada kajian terkini dan berpandukan dokumen mutakhir. |
limited monarchy | monarki terhad | Sains Politik | Politik Perbandingan | Negara yang masih meletakkan golongan diraja, menduduki jawatan ketua negara sebagai simbol dan tujuan rasmi tanpa memiliki kuasa eksekutif. Monarki terbatas ini disebut juga sebagai monarki berperlembagaan apabila kegiatan raja itu perlu berlandaskan perlembagaan. Kuasa raja bersifat tidak mutlak dan tugasnya lebih tertumpu kepada upacara rasmi seperti merasmikan persidangan parlimen, pembukaan masjid dan sekolah serta melakukan lawatan rasmi ke negara lain sebagai ketua negara. Antara negara yang mengamalkan monarki terhad ini ialah Malaysia, Thailand, Jepun, Sweden, Belanda dan Denmark. Sinonim monarki terbatas. |
political recruitment | pengambilan politik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan menarik orang baru atau golongan lebih muda supaya melibatkan diri secara aktif dalam politik. Proses ini boleh berjalan secara rasmi seperti kempen pengambilan ahli atau jawatankuasa baru oleh parti politik, dan boleh juga secara tidak rasmi atau tanpa sedar seperti timbul kesedaran orang ramai yang kemudian memilih menyertai parti politik atau NGO untuk bergerak aktif. Bentuk pengambilan ini boleh berbeza antara satu masyarakat dengan masyarakat lain bergantung kepada sistem dan budaya politik, latar belakang masyarakat, sejarah negara, taraf hidup dan ekonomi negara. Proses ini lebih longgar dalam negara demokrasi dan lebih terkawal dalam negara komunis dan autoritarian lain. Contohnya, pengambilan politik dalam politik Malaysia berjalan secara tidak rasmi apabila rakyat dibolehkan menyertai mana-mana parti politik yang disukainya pada bila-bila masa. |
micropolitics | mikropolitik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Aksi dan tingkah laku politik yang terjadi di peringkat bawahan dan berkait rapat dengan perkara yang lebih kecil tetapi menggunakan saluran politik yang formal seperti mesyuarat parti, perebutan jawatan dalam persidangan dan sebagainya. Tindakan politik ini boleh menggunakan saluran rasmi dan tidak rasmi bagi mencapai sesuatu matlamat. Tindakan ini berlaku di peringkat mikro atau dalam sesuatu pejabat, organisasi, sekolah, kampung atau bandar. Isu yang menjadi persoalan sering berkait dengan ketidakpuasan hati terhadap ketua, iri hati dengan rakan, perebutan jawatan atau pangkat dan konflik peribadi yang dikaitkan dengan organisasi. Persoalan siapa yang rapat dengan ketua dan siapa mendapat apa, bila dan bagaimana merupakan persoalan utama di sini. Ia berbeza dengan makropolitik yang lebih menyentuh persoalan keselamatan negara, pilihan raya nasional, dasar luar dan dasar pembangunan ekonomi. |
formal contract | kontrak rasmi | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
formal possession | pemilikan rasmi | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
licence | lesen | Sukan | Lumba Basikal | Dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia yang wajib dimiliki oleh setiap pelumba. |
treaty | perjanjian | Sains Politik | Politik Perbandingan | Persetujuan rasmi yang dibuat antara dua atau lebih negara yang berdaulat. Sebelum persetujuan dicapai, wakil dari negara yang terIibat terlebih dahulu berunding dan membuat tawar-menawar dalam perbincangan. Persetujuan ini biasanya diabsahkan oleh badan perundangan negara terIibat seperti hakim atau ketua negara dan kemudian dijadikan dalam bentuk bertuIis dengan pengesahan mohor pemerintah. Nama perjanjian pula biasanya mengambiI nama tempat perjanjian itu diadakan. Contohnya, Perjanjian Pangkor 1874, Perjanjian Bangkok 1909 dan Perjanjian Camp David l978. |