corporate corruption | rasuah korporat | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tindakan memberi atau menerima rasuah oleh badan korporat seperti entiti perniagaan atau individu yang mewakili organisasi tersebut. Contohnya, pengurus syarikat yang menerima habuan daripada individu tertentu, bertujuan untuk mendapatkan manfaat atau kepentingan secara tidak adil. |
corruption | rasuah | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Penyalahgunaan kuasa yang dilakukan untuk tujuan kepentingan diri atau mendapatkan keuntungan, sama ada dalam bentuk kebendaan atau perkhidmatan. Tindakan ini termasuklah perbuatan memberikan habuan berbentuk kebendaan atau perkhidmatan kepada penerima dengan tujuan untuk mendapatkan manfaat atau kepentingan secara tidak adil. |
reputation laundering | pengubahan reputasi | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Proses menyembunyikan tindakan rasuah sama ada yang terdahulu atau semasa yang dilakukan oleh seseorang individu atau sesuatu pihak dengan mempamerkan watak dan tingkah laku yang positif bertujuan untuk meningkatkan reputasi dan mengaburkan sejarah mereka. |
detective story | cerita detektif | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang memaparkan sesuatu jenayah. Contohnya pembunuhan, rogol, rasuah, pengedaran dadah dan rompakan. Jenayah diselesaikan oleh mata-mata gelap melalui bukti, maklumat dan petunjuk yang diselidik, dikumpulkan dan ditafsirkan secara munasabah atau diterima akal. Lumrahnya cerita detektif menghidangkan beberapa perkara, antaranya perlakuan jenayah yang dilaksanakan dengan cukup teliti, sukar dikesan dan penuh misteri, anggota polis yang kurang cekap, tertuduh yang jelas tidak bersalah tetapi disyaki, mata-mata gelap yang bijak, dan akhiran cerita yang di luar dugaan. Pada umumnya dalam cerita detektif, pembaca dan mata-mata gelap dipertemukan secara serentak dengan bukti-bukti jenayah. Seterusnya, bukti yang dipaparkan itu digunakan oleh mata-mata gelap untuk menyelesaikan jenayah yang diselidikinya. Bentuk cereka ini lebih menitikberatkan plot dan jalinan cerita yang bijak, rapi dan licin. Namun sesetengah cerita detektif mencipta protagonis yang kuat dan berkesan. Cerita detektif dianggap sebagai suatu bentuk cereka yang ringan untuk tujuan hiburan. Cerita berkaitan dengan jenayah dan keganasan dihasilkan sejak kurun ke-18, namun umum berpendapat bahawa karya Edgar Allan Poe, The Murders in the Rue Morgue (1841) merupakan titik bermulanya bentuk cereka ini. Antara penulis terkemuka ialah Sir Arthur conan Doyle, Agatha christle, Earl Stanley Gardner, P.D. James dan Carroll John Daly. Watak dalam cerita detektif yang terkenal ialah sherlock Holmes, Hercule Poirot, Race William dan Perry Mason. Contoh karya Melayu ialah Cincin Rahsia oleh Hashim Amir Hamzah, Izin dalam Paksa oleh Marwilis Haji Yusof, dan Siapakah Pembunuhnya oleh Abdullah Sidek. Contoh dalam sastera Arab ialah Yawmiyat Na�ib fi al-Aryaf Tawfiq al-Hakim. |
integrity pact | perjanjian integriti | Undang-undang | Tiada | Proses pengisytiharan oleh pembida/orang awam untuk tidak menawarkan atau memberikan rasuah bagi mendapatkan kontrak atau sebagai ganjaran mendapatkan sesuatu kontrak dan bagi mempercepat sesuatu urusan Perolehan Kerajaan melalui satu perjanjian yang ditandatangani bagi menggariskan tindakan yang boleh diambil sekiranya berlaku pelanggaran perjanjian atau kontrak tersebut. |
kleptocracy | kleptokrasi | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Perbuatan mencuri atau mendapatkan keuntungan dengan menggunakan kuasa dan kedudukan dalam kerajaan. Perbuatan ini termasuklah pecah amanah jenayah, rasuah dan salah guna kuasa untuk kepentingan sendiri oleh pemimpin negara. |
corporate crime | jenayah korporat | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Jenayah yang dilakukan oleh badan korporat seperti entiti perniagaan atau individu yang mewakili organisasi tersebut. Contohnya, penyelewengan wang, penyelewengan kuasa, pengelakan cukai dan rasuah. |
white collar crime | jenayah kolar putih | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Jenayah yang dilakukan oleh seseorang yang memiliki kedudukan yang tinggi dan dihormati dalam masyarakat dalam urusan pekerjaan. Motif utama jenayah ini adalah untuk mendapatkan habuan kewangan. Contohnya, rasuah, penipuan perbankan dan pecah amanah. |
administrative state | negara pentadbiran | Sains Politik | Politik Perbandingan | Negara yang mempunyai prinsip pemerintahan berasaskan kepada keabsahan peraturan yang terdapat dalam perlembagaan. Penubuhan negara pentadbiran bertujuan untuk mengemas tatacara pengurusan dan pentadbiran negara serta untuk mengelak daripada berlakunya gejala rasuah. Idea negara pentadbiran ini berkembang di Amerika Syarikat pada tahun 1887 sewaktu pentadbiran Woodrow Wilson dan di Malaysia semasa pentadbiran Tun Abdul Razak serta diteruskan oleh pimpinan berikutnya. |
legitimacy | keabsahan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kedudukan pemerintah yang diterima secara sah oleh rakyat setelah dipilih melalui peraturan yang diterima pakai oleh sesebuah negara. Keabsahan hanya wujud apabila kerajaan yang muncul menggunakan prosedur yang sepatutnya dalam memilih kerajaan dan proses tersebut berjalan tanpa kekerasan. penipuan, rasuah atau manipulasi. Pemerintah yang muncul secara pemberontakan, rampasan kuasa dengan pembunuhan pemimpin negara atau kudeta tentera tidak mendapat keabsahan. Untuk mendapatkan keabsahan dan penerimaan orang ramai, kerajaan yang muncul ini kemudiannya akan mengadakan pilihan raya. Contohnya, penguasaan Amerika Syarikat ke atas pemerintahan Iraq tidak absah dan dengan itu mereka terpaksa mengadakan pilihan raya pada tahun 2005 bagi mendapatkan legitimasi. |