automated longline | rawai automatik | Perikanan | Tiada | Rawai yang beroperasi secara automatik dengan menggunakan mesin. Semua proses merawai bermula daripada pemasangan umpan pada mata kail, memasang rawai, menarik rawai dan membuka tangkapan daripada mata kail dilakukan oleh mesin secara automatik. Penggunaan alat ini boleh meningkatkan kecekapan dan menjimatkan masa operasi. Hasil tangkapan menggunakan alat ini selalunya bermutu tinggi kerana boleh menangkap ikan daripada pelbagai jenis dan saiz yang dikehendaki sahaja. |
horizontal longline | rawai mendatar | Perikanan | Tiada | Rawai yang dipasang secara mendatar, iaitu selari dengan dasar laut. Rawai ini biasanya digunakan dalam aktiviti penangkapan ikan secara komersial. Ikan demersal seperti kerapu, merah dan gerepuh biasanya ditangkap menggunakan alat ini. |
longline | rawai | Perikanan | Tiada | Tiada |
longline | rawai | Perikanan | Tiada | Alat untuk menangkap ikan yang terdiri daripada beberapa bentuk kail yang digantungkan pada tali atau rotan yang terentang di dalam air. |
vertical longline | rawai tegak | Perikanan | Tiada | Tiada |
drift long line | rawai hanyut | Perikanan | Tiada | Tiada |
passive gear | peralatan pasif | Perikanan | Tiada | Semua jenis peralatan menangkap ikan yang dipasang secara statik di tempat tertentu supaya ikan terperangkap. Ikan akan bergerak ke arah peralatan pasif, contohnya bubu, kelong dan rawai yang dipasang dan ikan akan terperangkap di dalamnya. Peralatan ini dianggap sangat mesra sumber kerana sasarannya hanya tertumpu pada spesies tertentu dan operasinya yang juga terhad di kawasan tertentu sahaja. Sifat selektif peralatan ini membolehkannya digunakan untuk tujuan pengurusan sumber perikanan. |
blue trevally | demuduk biru | Perikanan | Tiada | Sejenis ikan separa pelagik daripada famili Carangidae, spesies Caranx ferdau yang hidup di kawasan laut dalam yang berterumbu karang. Ikan demuduk biru bersaiz besar biasanya berenang bersendirian, manakala ikan yang bersaiz kecil berenang secara berkumpulan. Ikan ini ditangkap dengan menggunakan rawai serta pancing dan dikelaskan sebagai ikan rekreasi. |
isobath | isobat | Perikanan | Tiada | Garisan pada graf, plot atau peta yang menghubungkan tempat yang mempunyai kedalaman yang sama. Isobat menunjukkan kedalaman laut, iaitu garisan pada peta lautan yang bersambung dengan titik-titik pada kedalaman yang sama. Garisan ini penting terutamanya dalam mengendalikan aktiviti perikanan yang menggunakan pukat tunda, rawai atau bubu. Contohnya, semasa pengendalian pukat tunda, garisan ini menentukan kepanjangan tali tunda yang diperlukan. Sinonim isodep. |
grouper | kerapu | Perikanan | Tiada | Sejenis ikan daripada famili Serranidae yang dikelaskan sebagai ikan demersal. Ikan kerapu hidup di kawasan pantai berpasir dan berbatu terutamanya di kawasan batu karang. Bukaan mulut ikan ini luas dan mempunyai badan pelbagai warna yang memudahkannya untuk melakukan penyamaran. Ikan ini berpotensi sebagai ikan rekreasi kerana tabiatnya sebagai pemangsa. Ikan kerapu boleh ditangkap dengan menggunakan pancing, bubu atau rawai dasar. |