Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.wan] | راون

Definisi : = ~ hati pilu, gundah-gulana, rindu bercampur sedih, sayu, terharu: beberapa hari ini dia sangat ~ bercampur sedih; dengarkan lagu itu, betapa sayu, pilu, ~ , dan menghiris sumsum kita; sayu ~ sayu dan rawan; berawan = ~ hati berasa rawan; merawan, merawani berasa rawan terhadap (kpd); merawankan = ~ hati menimbulkan (mem­bangkitkan, mendatangkan) rasa rawan: suara yg sangat sedih dan ~ hati; kerawanan = ~ hati perihal (keadaan) rawan hati, keadaan gundah gulana, kesayuan, ke­haruan: ~ hati seseorang anak muda mudah terusik oleh persekitaran yg dilihat dan di­rasainya terlalu pincang; perawan yg merawankan hati: ~ hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.wan] | راون

Definisi : ; tulang ~ a) tulang yg lembut, tulang muda; b) tulang dada. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.wan] | راون

Definisi : penjodoh bilangan yg menyatakan selengkap (jala, jaring, kancing baju, dll); se~ jala satu jala. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.wan] | راون

Definisi : , = ~ hati berasa sayu; rindu bercampur sedih; terharu kerana mendengar cerita sedih dsb: Hatinya terlalu ~ mendengar cerita Bawang Putih Bawang Merah itu. merawankan menimbulkan rasa rawan: Suaranya sedih dan ~ hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ra.wan] | راون

Definisi : penjodoh bilangan utk beberapa benda (spt kancing baju, jala) yg bererti selengkap: se~ jala; se~ kancing baju; se~ tali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ra.wan] | راون

Definisi : ; tulang ~ tisu perantara yg kuat (teguh) yg melekat pd sendi haiwan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rawan
Rujuk :masyghul

Puisi
 

Kenari burung sekawan,
     Ambil padi saya taburkan;
Hati rindu bertambah rawan,
     Tempat mana nak saya hiburkan.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Gigi telah gugur,
     tebu pun menjadi.

Bermaksud :

Keinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Gigi tanggal, rawan murah).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
articular cartilagerawan sendiSains SukanBiomekanikRawan hialin yang menyelaputi permukaan sendi sinovial. Sinonim rawan artikular. Lihat juga rawan hialin, sendi sinovial.
elastic cartilagerawan kenyalSains SukanBiomekanikRawan yang mengandungi banyak gentian kenyal. Rawan ini terdapat di bahagian telinga, epiglotis dan sebahagian daripada laring. Fungsi rawan ini adalah untuk memberikan sifat lentur dan sokongan.
hyaline cartilagerawan hialinSains SukanBiomekanikRawan yang berwarna putih kebiru-biruan dan bersifat lut sinar. Rawan ini paling banyak terdapat pada tubuh, dan boleh ditemukan di permukaan sendi tulang dan saluran pernafasan. Fungsi rawan ini adalah untuk mengelakkan permukaan tulang yang membentuk sendi daripada bergeser dan mengganggu pergerakan.
fibrous cartilagerawan gentianSains SukanBiomekanikRawan yang mengandungi banyak serat kolagen yang padat pada matriksnya (struktur terkeras pada tulang). Rawan ini boleh ditemukan di antara ruas pada tulang belakang. Fungsi rawan ini adalah untuk memberi sokongan dan perlindungan.
cartilaginous jointsendi rawanSains SukanBiomekanikSendi yang mempunyai tulang yang bercantum dengan rawan hialin, yang membolehkan pergerakan yang sedikit sahaja. Contohnya, sendi rawan yang terdapat pada tulang simfisis pubis di bahagian pelvis. Lihat juga rawan hialin.
epiphyseal cartilagerawan epifisilSains SukanBiomekanikRawan yang memisahkan diafisis dengan epifisis pada tulang panjang. Rawan ini berfungsi dalam pemanjangan tulang sebelum berlakunya proses pembentukan tisu tulang, terutama selepas individu mencapai akil baligh. Lihat juga diafisis, epifisis.
articular cartilagerawan artikularKejururawatanTiadaLapisan rawan hialin yang melindungi permukaan epifisis sendi.
articular cartilagerawan artikularSains SukanBiomekanikLihat rawan sendi.
achondroplasiaakondroplasiaPenternakanGenetik dan PembiakbakaanPenyakit keturunan yang disebabkan oleh gangguan pembentukan tulang, penggantian rawan dengan tulang atau pembentukan tulang rawan yang terencat. Penyakit ini berlaku pada anggota tulang yang panjang dan pada tulang muka semasa perkembangan. Akondroplasia mengakibatkan anggota badan menjadi pendek dan muka menjadi kecil.
articular fibrocartilagerawan gentian sendiSains SukanBiomekanikCakera tisu lembut pada meniskus yang terletak di antara tulang yang bersendi. Lihat juga meniskus.
12

Kembali ke atas