psychiatric care | penjagaan psikiatri | Perubatan | Psikiatri | Perawatan yang diberikan kepada pesakit psikiatri, termasuk rawatan perubatan, rawatan psikososial dan pemulihan sebagai pesakit dalam atau pesakit luar. |
treatment | rawatan | Perikanan | Akuakultur | Penyembuhan sesuatu jangkitan. Rawatan kebiasaannya dilaksanakan selepas punca penyakit dikenal pasti, iaitu dengan menggunakan ubat yang bersesuaian mengikut dos dan tempoh yang tertentu. |
cancer treatment | rawatan kanser | Fizik | Nanoteknologi | Teknik rawatan yang menggunakan nanoteknologi yang sedang dibangunkan oleh ahli genetik, ahli biokimia dan lain-lain. Dalam teknik ini, tisu tumor kanser menjadi sasaran. Nanoubat akan memusnahkan tisu ini tanpa melibatkan tisu yang sihat. |
bonderite treatment | rawatan bonderit | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Proses rawatan menggunakan bahan kimia bonderit ke atas permukaan logam sebelum proses mengecat. |
peritoneal dialysis | dialisis peritoneum | Kejururawatan | Tiada | Sejenis rawatan menggunakan peritoneum sebagai membran dialisis. Prosedur rawatan ini dilakukan dengan memasukkan dialisat ke kaviti peritoneum melalui sejenis kateter untuk mengeluarkan lebihan cecair dan sisa nitrogen tubuh. |
heat treatment cracks | retakan rawatan haba | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Ketakselanjaran yang mungkin akan berlaku pada logam semasa proses rawatan haba. |
bactericidal | bakterisidal | Herba | Pemiawaian | Kaedah rawatan yang berupaya memusnahkan bakteria. Antara kaedah bakterisidal yang biasa digunakan ialah pemanasan, penapisan, radiasi dan rawatan menggunakan bahan kimia. Contohnya, penggunaan ekstrak sirih (Piper bettle) untuk mencegah jangkitan bakteria. |
medical care plan | pelan rawatan perubatan | insurans | Tiada | Sejenis insurans kesihatan kumpulan yang menyediakan faedah belanja perubatan, pembedahan dan hospital. Istilah ini juga digunakan untuk perlindungan insurans belanja hospital pembedahan dan insurans rawatan perubatan. |
healthcare provider | penyedia jagaan kesihatan | Kesihatan Awam | Tiada | Individu atau institusi berlesen yang menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan seperti rawatan kecemasan, pencegahan, pemulihan jangka panjang, hospital, diagnostik, primer, paliatif, dan rawatan di rumah dengan cara yang sistematik kepada individu, keluarga atau masyarakat. |
ambulatory medical record (AMR) | rekod perubatan ambulatori (AMR) | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Aplikasi elektronik yang menyimpan data perubatan pesakit luar meliputi semua rawatan dan pembedahan. AMR ini juga merangkumi data perkhidmatan yang diberikan di luar hospital seperti klinik penjagaan kecemasan, klinik pakar dan rawatan di rumah. AMR ini boleh dicapai oleh doktor dan pengamal kesihatan yang berkaitan bagi mendapatkan data pesakit yang tepat dan lengkap. |