reagent purity | ketulenan reagen | Kimia | Kimia Analisis | Pengelasan reagen berdasarkan ketulenannya. Reagen yang dilabel teknikal atau komersial biasanya tidak tulen. Gred ‘USP’ menandakan hanya reagen tersebut mematuhi keperluan United States Pharmacopoeia. Sebutan ‘CP’ menandakan reagen ini lebih tulen daripada reagen teknikal. Reagen yang ditanda ‘gred reagen’ atau ‘reagen teranalisis’ merupakan bahan-bahan tulen yang telah dianalisis untuk menentukan tahap ketulenannya. Sekumpulan reagen yang sangat tulen dinamakan reagen piawai primer. Reagen ini digunakan untuk menentukan kepekatan larutan dalam analisis volumetri atau tujuan lain yang ketulenan reagen itu penting. |
back-titration | pentitratan balik | Kimia | Kimia Analisis | Penitratan yang melibatkan penambahan reagen secara berlebihan dan diketahui amaunnya. Kelebihan reagen ini pula ditentukan secara penitratan. |
reagnet | reagen | Kimia | Kimia Analisis | Sebarang zat atau bahan kimia yang digunakan dalam tindak balas kimia untuk tujuan mengesan, mengukur, mengkaji atau menganalisis bahan lain. Ketulenan dan kepekaan merupakan sifat-sifat yang diperlukan bagi sesuatu reagen. |
masking agent | agen penopengan | Kimia | Kimia Analisis | Reagen yang dapat digunakan untuk bertindak balas dengan spesies yang mengganggu dalam suatu penentuan. Misalnya ion ferik dapat ditopengkan oleh ion fluorida untuk membentuk FeF3-6 yang stabil dan tidak bertindak balas dengan reagen lain. |
microdiffusion analysis | analisis pemikrobauran | Kimia | Kimia Analisis | Kaedah analisis yang berdasarkan pembauran gas dengan reagen. Gas itu dihasilkan oleh sampel yang mudah meruap. Contohnya ammonia yang dibebaskan daripada garam ammonium dapat ditentukan apabila ammonia dibaurkan ke dalam reagen. |
drying reagent | reagen pengering | Kimia | Kimia Analisis | Bahan kimia, sama ada berbentuk pepejal seperti gel silika dan penapis molekul atau cecair seperti asid sulfurik pekat dan gliserol, yang mempunyai afiniti yang kuat terhadap air dan berupaya menyerap air daripada bahan-bahan lain. Bahan-bahan ini biasanya digunakan di dalam balang pengering dan dalam menara atau turus. |
chelating reagent | reagen pengkelat | Kimia | Kimia Analisis | Bahan kimia koordinatan yang mempunyai elektron tak berpasangan pada dua atau lebih atomnya yang berupaya mengikat dengan ion logam untuk menghasilkan sebatian berstruktur gelangan. |
mountant | bahan pelekap | Herba | Tiada | Reagen kimia yang membantu pemerhatian struktur tisu dan sel dalam bentuk yang utuh di bawah mikroskop. Bahan pelekap dititiskan pada bahan herba serbuk atau yang dihiris sebelum dianalisis secara mikroskopi. Terdapat tiga jenis bahan pelekap, iaitu bahan pelekap umum, bahan pelekap penjernih dan bahan pelekap pewarna. Bahan pelekap umum seperti alkohol, gliserol dan kresol digunakan untuk melihat kesemua jenis struktur tisu dan sel. Bahan pelekap penjernih seperti kloral hidrat digunakan untuk melarutkan sebahagian kandungan sel (contohnya, klorofil) atau dinding sel (contohnya, kanji) supaya struktur tisu dan sel yang lain (contohnya, sel parenkima, trikom dan kristal oksalat) menjadi lebih lut sinar. Bahan pelekap pewarna seperti floroglusinol, iodin dan Sudan III digunakan untuk mewarnakan sebahagian kandungan sel (contohnya, kanji dan minyak) atau dinding sel (contohnya, vesel dan serat). |
desiccant | bahan pengering | Kimia | Kimia Analisis | lih. reagen pengering |
drying agent | agen pengering | Kimia | Kimia Analisis | Lihat reagen pengering. |