Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[réak.tif] | رياکتيف

Definisi : (réaktif) 1. cenderung menunjukkan reaksi atau mengambil tindakan setelah ber­lakunya sesuatu terhadap seseorang, sesuatu situasi dsb: mereka bertindak secara proaktif, bukannya ~, utk mendampingi keseluruhan masyarakat setempat; dgn demikian, pe­rencanaan kita lebih bersikap ~ kpd keadaan krisis yg mendadak; 2. (Kim) dapat atau cenderung bertindak balas secara kimia dgn berbagai-bagai bahan: litium adalah kurang ~ drpd logam-logam lain; metana adalah stabil dan tidak ~ di dlm udara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[réak.tif] | رياکتيف

Definisi : /réaktif/ 1 cenderung menun­jukkan reaksi atau tindakan setelah ber­laku sesuatu terhadap seseorang atau sesuatu: Mereka bersikap ~ terhadap masalah yg dihadapi. 2 ist dpt bertindak balas secara kimia dgn berbagai-bagai bahan: Gas itu stabil dan tidak ~ dlm udara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata reaktif


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
reactive psychosispsikosis reaktifPerubatanPsikiatriKeadaan psikosis yang tercetus disebabkan oleh trauma, seperti kematian orang yang disayangi, kemalangan atau perceraian.
reactive attachment disordergangguan pertautan reaktifPerubatanPsikiatriGangguan pertautan yang berlaku terhadap kanak-kanak dan menyebabkan kanak-kanak tersebut mengalami perkembangan psikososial yang terganggu dan tidak berupaya menyesuaikan diri dalam setiap keadaan.
active oxygenoksigen aktifSains KesihatanTiadaSatu bentuk oksigen yang sangat reaktif bertindak balas dengan molekul-molekul lain.
chemical etchingpunaran kimiaNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanProses punaran melalui tindak balas kimia antara spesies punaran yang reaktif secara kimia dengan bahan terpunar, isotropik dan terpilih.
free radicalradikal bebasHerbaPemiawaianAtom atau kumpulan atom yang mempunyai elektron valens tak berpasangan, lazimnya sangat reaktif dan berjangka hayat singkat. Radikal bebas berkeupayaan menjadi pemula atau perantara dalam pelbagai tindak balas kimia secara mekanisme rantai. Radikal bebas dapat dihasilkan daripada homolisis ikatan kovalen secara fotolisis atau pirolisis dan ditandakan dengan titik tengah seperti C1� dan CH3 dalam bentuk formula. Contoh herba yang dapat mengurangkan radikal bebas ialah ekstrak lempoyang (Zingiber zerumbet) yang bertindak balas sebagai antioksidan
nanoparticle reactivitykereaktifan nanozarahFizikNanoteknologiKeaktifan suatu gugusan nanozarah untuk bertindak balas dengan nanozarah jenis lain. Oleh sebab struktur elektronik nanozarah bergantung pada saiznya, maka kereaktifannya juga bergantung pada saiz. Contohnya, nanozarah emas lebih reaktif untuk bertindak balas sebagai pemangkin apabila saiznya sekitar 1 nm - 10 nm.
glycineglisinaFizikNanoteknologiSebatian organik bersaiz sekitar 0.4nm dengan rumus kimia C2H5NO2 yang merupakan asid amino paling ringkas daripada 20 asid amino yang biasa terdapat dalam protein, haiwan. Sebatian ini merupakan satu-satunya asid amino yang tidak aktif optik, iaitu tidak mempunyai stereoisomer-D dan stereoisomer-L. Glisina tidak reaktif apabila digabungkan dengan protein tetapi dalam keadaan bebas, glisina terlibat dalam pelbagai tindak balas, contohnya, biosintesis heme.

Kembali ke atas