Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[réak.tor] | رياکتور

Definisi : (réaktor) = ~ nuklear (Fiz) alat yg digunakan utk mengawal dan mengekalkan tindak balas nukleus dlm menghasilkan tenaga nuklear. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[réak.tor] | رياکتور

Definisi : /réaktor/ ist alat yg digunakan dlm penghasilan tenaga nuklear: ~ nuklear. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata reaktor


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
breeder reactorreaktor pembiak baka; reaktor pembiak; reaktor biakKejuruteraanTiadaReaktor nuklear yang menghasilkan bahan boleh belah pada kadar yang lebih besar daripada bahan api yang digunakan dalam reaktor tersebut.
irradiation channelsaluran penyinaranKejuruteraanTiadaLubang yang menembusi perisai reaktor-reaktor ke bahagian dalamannya untuk tujuan penyinaran.
breeder reactorreaktor pembiakFizikAtom dan NuklearReaktor nuklear yang menghasilkan bahan boleh belah lebih banyak daripada bahan api yang digunakan dalam reaktor tersebut. Reaktor ini direka bentuk untuk memanjangkan tempoh bekalan bahan bakar nuklear untuk penjanaan tenaga elektrik. Bahan radioaktif yang biasa digunakan bagi reaktor ini ialah uranium-238 atau torium. Uranium-238 ini akan mengalami pembelahan kepada isotop plutonium-239 dengan menggunakan pereputan radioaktif buatan, seterusnya plutonium-239 ini akan ditembak dengan neutron berkelajuan tinggi bagi menghasilkan dua serpihan belahan. Pembelahan ini akan menghasilkan haba di samping neutron dan neutron ini pula akan melakukan pembelahan yang lain dan seterusnya sebagai tindak balas berantai swamapan.
nuclear reactorreaktor nuklearKimiaTiadaPeranti tempat berlakunya tindak balas nukleus dengan kuantiti yang besar. Reaktor dibina untuk menghasilkan tenaga yang berguna atau untuk tujuan penyelidikan. Jenis reaktor nuklear termasuk reaktor pembelahan dan reaktor pelakuran.
high temperature gas reactor (HTGR)reaktor gas suhu tinggiSains NuklearKejuruteraan ReaktorReaktor nuklear yang menggunakan gas helium sebagai bahan penyejuk dan grafit sebagai bahan penyederhana neutron. HTGR beroperasi dengan suhu bahan penyejuk (700�C - 1000�C) yang jauh lebih tinggi daripada suhu bahan penyejuk reaktor air ringan (280�C - 320�C).
fossil reactorreaktor fosilSains NuklearKejuruteraan ReaktorReaktor nuklear yang mungkin pernah wujud secara semula jadi di kerak bumi.
breeder reactorreaktor pembiak baka; reaktor pembiakKimiaTiadaReaktor nuklear yang menghasilkan bahan boleh belah pada kadar yang lebih besar daripada bahan api yang digunakan dalam reaktor tersebut.
molten salt reactor (MSR)reaktor garam leburSains NuklearKejuruteraan ReaktorReaktor nuklear pembiak yang menggunakan garam lebur sebagai bahan penyejuk teras.
hot shutdownpemberhentian panasSains NuklearKejuruteraan ReaktorPemberhentian reaktor dalam keadaan reaktor masih beroperasi pada suhu yang tinggi.
gas-cooled fast reactor (GFR)reaktor cepat sejuk gasSains NuklearKejuruteraan ReaktorReaktor cepat yang menggunakan gas sebagai bahan penyejuk teras.
12345678910...

Kembali ke atas