Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[réa.lis.me] | رياليسمى

Definisi : (réalisme) 1. fahaman atau ajaran yg berdasarkan kenyataan; 2. aliran sastera dan seni lukis yg menggambarkan kisah hidup sebenar (bukan khayalan): Kala Dewata dgn Atap Genting Atap Rumbia dianggap sbg pelopor drama ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata realisme


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
realismrealismeKesusasteraanTiadaSuatu bentuk penulisan yang merakamkan kehidupan sebenar manusia dengan cara yang tepat. Realisme merujuk kepada kaedah sastera yang menekankan pemerian yang tepat dan rinci. Realisme juga merujuk kepada tanggapan yang menolak ciri-ciri romantik seperti kebaikan dan kecantikan, tetapi menegaskan tanggapan itu kepada masalah harian manusia. Kaedah realisme mementingkan pengalaman individu yang perlu disampaikan secara terang dan jujur. Realisme juga menegaskan konsep atau gaya tulisan yang bersifat objektif.
realismrealismeKesenianDrama dan TeaterSuatu bentuk penulisan yang merakamkan kehidupan sebenar manusia dengan cara yang tepat. Realisme merujuk kepada kaedah sastera yang menekankan pemerian yang tepat dan rinci. Realisme juga merujuk kepada tanggapan yang menolak ciri-ciri romantik seperti kebaikan dan kecantikan, tetapi menegaskan tanggapan itu kepada masalah harian manusia. Kaedah realisme mementingkan pengalaman individu yang perlu disampaikan secara terang dan jujur. Realisme juga menegaskan konsep atau gaya tulisan yang bersifat objektif.
magical realismrealisme magisKesusasteraanTiadaKaedah penulisan yang memaparkan perkara yang aneh, ajaib, luar biasa dan menakjubkan sebagai perkara biasa atau ghalib. Realiti yang diketengahkan oleh perkara ajaib dan luar biasa ini dianggap lebih berwibawa daripada realiti yang objektif. Tidak seperti cereka fantasi yang menggambarkan perkara aneh tetapi memperakukan keanehannya, realisme magis menyifatkan perkara aneh ini sebagai sesuatu yang lumrah. Berbanding surealisme yang menekankan aspek ketidaklogikan perkara ajaib yang dipaparkan, realisme magis menganggap perkara tersebut sebagai sebahagian daripada realiti harian dan tidak banyak berbeza. Realisme magis bertujuan untuk memperluaskan horison realiti serta menjangkau perkara yang di luar taakulan logik yang meliputi agama dan mitos. Istilah ini diperkenalkan oleh pengkritik Jerman Franz Roh pada tahun 1925. Konsep ini menarik perhatian Alejo Carpentier, penulis Cuba yang berada di Eropah yang mengandaikan bahawa realisme magis begitu sesuai dengan benua Amerika Latin. Benua ini luas dan kaya den
social realismrealisme sosialKesusasteraanTiadaKaedah penulisan sastera yang memaparkan pergelutan kelas bawahan untuk berkuasa. Fenomena ini dimajukan oleh aliran Marxis dalam usaha memenuhi tuntutan pemerintah. Dalam perkembangan selanjutnya, realisme sosial tidak lagi memaparkan penulisan yang diarahkan oleh pemerintah tetapi tertumpu pada penulisan yang memaparkan realiti kehidupan yang pahit dan getir.
realismrealismeGeografiTiadaSesuatu yang berdasarkan kebenaran dan fakta dan berbeza dengan idealisme yang mamberatkan anggapan dan emosi.
realismrealismeKesusasteraanTiadaTiada
realismrealismeLinguistikTiadaTiada
realismrealismePendidikanTiadaTiada
realismrealismeSosiologiTiadaTiada
realismrealismePsikologiTiadaTiada
12345

Kembali ke atas