decoction | rebusan | Herba | Pemiawaian | Penyediaan ekstrak herba dengan merebus ramuan herba dalam air. Contohnya, rebusan akar tongkat ali (Eurycoma longifolia) untuk menghasilkan tonik. |
herbal decoction | rebusan herba | Herba | Tiada | Cecair yang dihasilkan melalui proses perebusan bahan herba dengan air (500 ml) sehingga cecair ini mengurang menjadi separuh atau sepertiga daripada isi padu asal. Bahan herba kemudiannya ditapis dan airnya diminum ketika masih suam. Contohnya, rebusan tongkat ali dan kacip fatimah. |
foaming index | indeks pembusa | Herba | Tiada | Nilai kemampuan pembusaan suatu rebusan akueus bahan atau ekstrak herba. Nilai ini merupakan ukuran kandungan saponin dalam herba yang menentukan kualiti bahan mentah. Kaedah yang biasa digunakan adalah dengan menggoncang air rebusan herba selama 15 saat dan buih yang terhasil perlu kekal dalam tempoh 15 minit sebelum diukur ketinggiannya. |
decoction | perebusan | Herba | Fitoterapi | Hasil rebusan yang diperoleh dengan perebusan bahagian-bahagian tumbuhan yang tertentu. |
traditional preservation | pengawetan tradisional | Buluh | Tiada | Kaedah mengawet buluh atau kayu tanpa menggunakan bahan awet. Contohnya, pengasapan, rebusan, dan rendam dalam air. Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah tanpa bahan kimia. |
non-chemical method | kaedah tanpa bahan kimia | Buluh | Tiada | Kaedah mengawet buluh secara tradisional tanpa menggunakan bahan pengawet. Contohnya, rawatan haba, pengasapan, rendaman dalam air, dan rebusan. |