brainstem reflexes | refleks batang otak | Perubatan | Tiada | Tindak balas organ tertentu yang berpusat daripada batang otak. Contohnya, refleks apnea, refleks cahaya pupil, refleks trakeobronkial, refleks okulovestibular, refleks okulosefalik, refleks orofarinks dan refleks kornea. Pesakit yang mengalami kematian batang otak tidak mempunyai refleks tersebut. |
reflex integration | pengamiran refleks;integrasi refleks | Perubatan | Tiada | Tiada |
reflex | refleks | Perubatan | Tiada | Pergerakan tak voluntari yang dicetuskan oleh rangsangan dari tempat lain di dalam atau pada permukaan tubuh. Misalnya, refleks akson dan refleks sentak lutut. |
refleks print | prin refleks | Komunikasi Massa | Tiada | Tiada |
reflex | refleks | Biologi | Fisiologi | 1. Dibalikkan. 2. Tindakan atau gerakan membalikkan seperti jumlah tindakan sesuatu aktiviti luar kawal (involuntari) khusus terhadap gerak balas suatu rangsangan pada saraf periferal yang dipancar ke pusat saraf di dalam otak atau saraf tunjang, seperti refleks patela, refleks triseps dan lain-lain. |
gag reflex | refleks gag | Perubatan | Tiada | Refleks pengecutan dan penaikan farinks selepas stimulasi dinding farinks posterior. Refleks ini terhapus disebabkan anestesia setempat, kecederaan farinks, kerosakan nukleus vagi di medula, koma dan anestesia dalam. |
conditioned reflex | refleks terlazim | Sosiologi | Tiada | Refleks perolehan yang dialami oleh haiwan atau individu setelah didedahkan kepada rangsangan tertentu secara berulang kali sehingga rangsangan tersebut meninggalkan gerak balas tertentu melalui sistem fisiologi tubuh. |
grasp reflex | refleks genggam | Perubatan | Tiada | Refleks yang mengandungi gerakan mencengkam atau menggenggam pada jari tangan atau kaki, semasa bertindak balas terhadap sebarang ransangan. |
axon reflex | refleks akson | Perubatan | Tiada | Refleks yang terjadi akibat rangsangan yang dikenakan pada satu cabang saraf mencetuskan impuls yang bergerak ke tengah lalu dipantulkan ke cabang lain dan seterusnya ke organ efektor. |
carinal reflex | refleks karina | Perubatan | Tiada | Refleks autonomik disebabkan rangsangan pada karina yang boleh menyebabkan batuk, bronkospasma dan bradikardia. |