Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.gang] | رݢڠ

Definisi : tidak kendur, kencang, tegang (tali yg ditarik, kain yg direntangkan, dll); beregang-regang 1. merentang-rentangkan anggota badan utk bersiap-siap (hendak ber­tumbuk dll); 2. = berseregang, ber­siregang berkeras-kerasan, bertegang-tegangan, ber­kelahi; berseregang mulut bertengkar, ber­bantah keras; meregang 1. menjadi tegang (tidak kendur): dawai telefon mengendur pd waktu panas dan ~ pd waktu sejuk; bengkak ~; 2. merebut dgn paksa, menarik, menyentak, merenggut; merebut ~ merebut dgn paksa; ~ badan menarik-narik badan (hampir mati); ~ diri menegang-negangkan diri (kerana kesakitan dll); ~ hidupnya sengsara hidupnya; ~ jiwa (nyawa) hampir-hampir mati; ~ telinga menarik (memilin) telinga; meregangkan menjadikan regang, menarik supaya regang, menegangkan (tali dll), mem­bentangkan (kain dll) tegang-tegang, meng­hulurkan (kaki, tangan) tegang-tegang: dia ~ kedua-dua belah tangannya; teregang diregangkan, menjadi regang: dawai yg ~ di dlm kamar; regangan sesuatu yg regang, tegangan; keregangan keadaan regang, ketegangan; peregangan perihal (perbuatan) me­regang­kan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.gang] | رݢڠ

Definisi : tidak kendur (bkn tali yg ditarik atau kain yg direntangkan dll); tegang. meregang menjadi regang atau tegang. Dawai telefon mengendur pd waktu panas dan ~ pd waktu sejuk. meregangkan menarik supaya regang; membentang­kan tegang-tegang; menghulurkan tegang-tegang (bkn kaki atau tangan): Ia ~ kedua-dua belah tangannya. regangan sesuatu yg diregangkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
regang (adjektif)
Bersinonim dengan tegang, cekang, kejang, serius, kencang, terik, ganjat;,
Kata Terbitan : beregang-regang, meregang, meregangkan, keregangan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
stretch markstanda regangHerbaPemiawaianKedutan atau kerutan pada kulit disebabkan oleh regangan yang kuat dan dalam tempoh yang lama. Tanda regang terjadi semasa hamil sehingga selepas bersalin. Contoh ekstrak herba yang boleh merawat tanda regang ialah lidah buaya (Aloe vera) dan pegaga (Centella asiatica).

Kembali ke atas