Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.ga.ngan] | رݢڠن

Definisi : sesuatu yg regang, tegangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.ga.ngan] | رݢڠن

Definisi : sesuatu yg diregangkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata regangan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
static stretchingregangan statikSains SukanBiomekanikRegangan yang dilakukan untuk meregangkan otot sehingga had pergerakan dan kedudukannya dikekalkan untuk tempoh tertentu tanpa sebarang gerakan. Aktiviti ini melibatkan pergerakan regangan yang perlahan. Regangan ini biasanya dilakukan selama 30 saat untuk setiap aktiviti regangan.
active stretchingregangan aktifSains SukanBiomekanikRegangan pada otot, tendon dan ligamen yang dilakukan sendiri oleh pelaku untuk mengurangkan risiko kecederaan otot. Regangan ini memerlukan kontraksi otot untuk menahan regangan. Contohnya, seseorang yang berada pada posisi menyergap (keadaan salah satu kaki dibengkokkan pada sudut 90�, manakala sebelah kaki lagi dihalakan ke belakang). Pada kedudukan ini, otot kaki digunakan untuk mengimbangi badan supaya tegak dalam kedudukan yang dikehendaki.
passive stretchingregangan pasifSains SukanBiomekanikRegangan pada otot, tendon dan ligamen yang dilakukan dengan meregangkan otot antagonis. Contohnya, seseorang meregangkan otot hamstring dengan meletakkan kaki di atas kerusi. Pada keadaan ini, tidak ada daya lain yang diperlukan untuk menahan regangan tersebut.
ballistic stretchregangan balistikSains SukanBiomekanikTeknik meningkatkan julat pergerakan pada sendi dengan cara melakukan regangan henjutan. Pergerakan tersebut berulang dalam tempoh yang singkat.
monosynaptic stretch reflexrefleks regangan monosinapsSains SukanBiomekanikRefleks luar kawal yang melibatkan proses sinaps secara langsung di antara neuron sensori dengan neuron motor, tanpa penglibatan interneuron. Refleks regangan monosinaps juga dikelaskan sebagai pergerakan M1.
stretch-shorten cyclekitaran pendek reganganSains SukanBiomekanikPenguncupan otot secara eksentrik dan kemudiannya diikuti oleh penguncupan otot secara konsentrik. Lihat juga penguncupan eksentrik, penguncupan konsentrik.
stretch markstanda regangHerbaPemiawaianKedutan atau kerutan pada kulit disebabkan oleh regangan yang kuat dan dalam tempoh yang lama. Tanda regang terjadi semasa hamil sehingga selepas bersalin. Contoh ekstrak herba yang boleh merawat tanda regang ialah lidah buaya (Aloe vera) dan pegaga (Centella asiatica).
elastinelastinFizikNanoteknologiProtein kenyal pada tisu yang bersambungan antara satu sama lain dan membenarkan tisu pada badan kembali kepada bentuk asal selepas regangan atau kecutan. Protein ini membantu kulit kembali kepada struktur asal selepas dicubit atau ditekan. Elastin terdiri daripada asid amino, glisina, valina, alanina, dan pralina. Elastin pada dinding arteri muncul dalam bentuk helaian atau membran yang berlubang dalam pelbagai saiz.

Kembali ke atas