Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.hat] | ريحت

Definisi : (réhat) melepaskan lelah, mengaso: ~ yg terbaik sekali ialah tidur nyenyak; ubat letih ialah ~; bilik ~ bilik utk melepaskan lelah; kerusi ~ kerusi tempat duduk dgn mengunjurkan kaki; masa ~ waktu utk ber­senang-senang melepas-kan lelah; berehat melepaskan lelah, bercuti utk mengaso, bersenang-senang: tiap-tiap petang saya ~ di kebun bunga; merehatkan membiarkan supaya berehat, membiarkan mengaso: duduk bersandar ~ diri; seminggu di Adelaide, walaupun be­kerja tetapi bagaikan ~ fikiran; kerehatan keadaan rehat: jika tidak ada ~ maka mudahlah datangnya penyakit; ® isti­­rahat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.hat] | ريحت

Definisi : /réhat/ keadaan bebas drpd sebarang aktiviti, gerakan dsb: ~ adalah penting utk menjaga kesihatan. berehat melepaskan lelah; bercuti utk bersenang-senang: Aku terlalu penat, aku perlu ~ dahulu. merehatkan membiarkan supaya berehat: Selepas bermain, dia ~ dirinya di atas bangku. kerehatan keadaan rehat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rehat
Kata Terbitan : berehat, merehatkan, kerehatan,

Puisi
 

Kalau duduk di atas kerusi,
     Sambil duduk berehat-rehat;
Jangan dibawa perangai besi,
     Makin lama makin berkarat.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
resting energy expenditurepenggunaan tenaga rehatSains KesihatanTiadaJumlah tenaga yang digunakan oleh individu semasa rehat.
resting potentialkeupayaan istirahatBiologiTiadaBeza keupayaan menyeberang membran sel normal semasa rehat, iaitu beza dalam keupayaan antara luar dan dalam suatu sel semasa rehat.
ephippiumefipiumPerikananAkuakulturSarung telur dalam keadaan rehat daripada pelbagai spesies krustasea kecil dalam kumpulan Kladosera. Efipium ini dilindungi oleh lapisan karapas kulit luar tambahan. Efipium terbentuk daripada kulit belakang ibunya bagi meningkatkan daya tahan telur rehat terhadap keadaan persekitaran yang buruk. Perkembangan embrio semasa efipium adalah terhenti. Efipium boleh berlanjutan selama bertahun-tahun sebelum embrio menyambung semula perkembangannya dengan rangsangan penetasan yang sesuai.
distributed practicepraktis teragihSains SukanBiomekanikKaedah pengagihan masa latihan yang jangka masa latihannya diselang-selikan dengan masa jeda rehat yang kerap. Contohnya, sesi latihan selama satu jam boleh mempunyai empat kali jeda rehat yang diaplikasikan pada setiap 15 minit.
healingrehat mindaUmumTiadaProses apabila keadaan buruk atau emosi yang menyakitkan berakhir atau bertambah baik.
rest houserumah rehat/rumah persinggahanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
rest and service areakawasan rehat dan khidmatPenilaian Harta TanahTiadaTiada
zenanazenanaKesenianHiasan DalamanRuang rehat persendirian bagi perempuan yang berkasta tinggi di dalam rumah India.
ambassador loungeruang istirahat dutaPelanconganTiadaRuang atau bilik rehat khas untuk orang kenamaan di lapangan terbang.
practice distributionagihan praktisSains SukanBiomekanikKonsep yang merujuk kekerapan jeda rehat dalam suatu tempoh latihan.
123

Kembali ke atas