Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (réka bentuk) rancangan (corak, bentuk, dsb) yg menunjukkan susunan, struktur atau aspek-aspek sesuatu (binaan dsb): pengetahuannya tentang penerbangan dibuktikan oleh ~ kapal terbangnya yg pertama; mereka bentuk membuat reka bentuk (gambaran, lukisan, dll); pereka bentuk orang yg mereka bentuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /réka bentuk/ corak atau bentuk sesuatu yg direka. mereka bentuk membuat reka bentuk sesuatu (spt kereta, rumah). pereka bentuk orang yg membuat reka bentuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
reka
Kata Terbitan : mereka, mereka-reka, rekaan, pereka,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
design for serviceabilityreka bentuk kebolehkhidmatanTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauReka bentuk yang menggabungkan pendekatan kejuruteraan dan pembuatan untuk memudahkan perkhidmatan, penyelenggaraan dan baik pulih sesuatu produk. Reka bentuk ini berupaya untuk meningkatkan kepuasan dan kebolehpercayaan pengguna. Contohnya, penggunaan reka bentuk modular.
design for longevityreka bentuk jangka hayat panjangTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauReka bentuk produk dari segi kualiti dan ketahanan serta mengutamakan kesederhanaan dan kebolehfungsian. Contohnya, reka bentuk bangunan warisan dunia.
design for manufacturing (DFM)reka bentuk perkilangan (DFM)Teknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauReka bentuk proaktif untuk mengoptimumkan semua fungsi yang merangkumi perolehan, pembuatan, pengumpulan, pengujian, penghantaran, perkhidmatan dan pembaikan. Reka bentuk perkilangan bertujuan untuk memastikan pengurangan kos, jaminan kualiti, kebolehpercayaan, pematuhan terhadap peraturan, keselamatan, pasaran, dan kepuasan pelanggan dapat dicapai.
environmental conscious design (ECD)reka bentuk peka alam sekitarTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauProses reka bentuk yang mengambil kira kesan terhadap alam sekitar dalam membuat keputusan. Contohnya, reka bentuk bangunan hijau.
barrier-free designreka bentuk bebas halanganKesenianHiasan DalamanReka bentuk yang direka untuk Orang Kurang Upaya (OKU), bagi memudahkan pergerakan. Contoh reka bentuk ini ialah landas sebagai menggantikan tangga. Reka bentuk ini telah diperkenalkan pada tahun 1971 oleh American National Standard Institution.
design for environmental processing and manufacturingreka bentuk alam sekitar pemprosesan dan perkilanganTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauReka bentuk khusus bertujuan untuk memastikan pengekstrakan, pemprosesan dan pembuatan produk dilakukan dengan menggunakan bahan dan proses yang tidak berbahaya terhadap alam sekitar atau pekerja. Reka bentuk ini mampu mengurangkan sisa dan produk sampingan berbahaya, pencemaran, penggunaan tenaga serta faktor lain.
green packaging designreka bentuk pembungkusan hijauTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauReka bentuk yang mampu mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar dan mengurangkan penggunaan tenaga serta menggunakan bahan bungkusan mampan, boleh biodegradasi dan boleh dikitar semula.
design for zero toxicreka bentuk toksik sifarTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauReka bentuk sesuatu produk atau proses yang tidak menghasilkan sisa berbahaya.
recycling designreka bentuk kitar semulaTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauStrategi reka bentuk yang sistematik dan mesra alam untuk mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar.
modular designreka bentuk modularTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauTeori dan amalan yang membahagikan reka bentuk kepada subsistem yang dikenali sebagai modul. Subsistem boleh dibina, diubah suai secara bebas dan boleh digunakan atau ditukar ganti dalam sistem yang berbeza-beza. Contohnya, perkakasan dan perisian komputer yang direka secara modular.
12345678910...

Kembali ke atas