fissure | rekahan | Sains Marin | Tiada | Kesan belahan yang dalam, memanjang dan sempit yang jelas kelihatan sempit dengan suatu kesan retakan jelas seperti dalam batu atau di dalam tanah (bumi). Kata ini berasal daripada perkataan latin fissura yang bermaksud rekahan. Contoh rekahan geologikal yang terbesar dapat dilihat di San Andreas Fault, California yang menganjur dari San Diego sehinggalah ke San Fransisco yang terjadi disebabkan oleh beberapa siri gempa bumi. |
fissure | rekahan | Kejururawatan | Tiada | 1. Dalam anatomi, merujuk kepada alur atau celah yang memisahkan sesuatu organ seperti di otak atau hepar. 2. Retakan di kulit atau membran mukosa disebabkan oleh proses penyakit. |
check | retak | Kesenian | Hiasan Dalaman | Rekahan atau pecahan yang berpunca daripada proses pengecutan kayu yang tidak terkawal semasa proses pengeringan. |
heart shake | rekah teras | Kesenian | Tiada | Rekahan yang terdapat pada teras kayu. |
cleft | klef | Perubatan | Tiada | Ketidaksempurnaan bentuk bibir, lelangit atau gusi ketika lahir yang menyebabkan rekahan pada anggota tertentu. |
caulking compound | sebatian pakal | Kesenian | Hiasan Dalaman | Bahan pelekat yang boleh dibengkokkan, yang digunakan untuk menampal lubang atau rekahan dalam proses memakal. |
acoustic microscope | mikroskop akustik | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Alat yang digunakan untuk membesarkan imej struktur dalam sampel, termasuk kecacatan seperti rekahan, pelekangan dan lompang. Mikroskop ini menggunakan frekuensi yang sangat tinggi atau ultratinggi bagi membolehkannya menembusi jauh ke dalam struktur sampel pepejal. |
caulking | memakal | Kesenian | Hiasan Dalaman | 1. Suatu kaedah atau seni mengawal/menjaga hujung kayu seperti rasuk apabila diletakkan pada sudut tepat, pada plat dinding dan bendul. 2. Suatu kaedah kemasan menggunakan plastik atau tar bagi mengelakkan rekahan di atas geladak kapal. |