proctitis | proktitis | Herba | Fitoterapi | Keradangan pada tisu lapisan dalam rektum. |
enema | enema | Herba | Fitoterapi | Sebarang cecair yang dimasukkan ke dalam rektum untuk melawaskan pembuangan najis. |
pyrexia | pireksia | Kejururawatan | Tiada | Kenaikan suhu badan lebih daripada normal, iaitu suhu oral melebihi 37�C, atau suhu rektum 37.2�C. Biasanya disebabkan oleh jangkitan. Sinonim: fever |
haemorrhoid | hemoroid/buasir | Herba | Pemiawaian | Keadaan apabila rangkaian vena pada dubur mengembang dan kelihatan berpintal akibat tekanan tinggi yang berterusan pada vena rektum inferior. Contoh herba yang digunakan untuk merawat hemoroid ialah nanas batu (Ananas comosus) dan manjakani (Quercus infectoria). Sinonim buasir. |
gonorrhoea | gonorea | Herba | Fitoterapi | Penyakit kelamin yang disebabkan oleh bakteria Neisseria gonorrhoea yang dijangkiti melalui hubungan jenis dan melibatkan genitourinari, mulut dan/atau rektum. Gonorea dicirikan oleh pengeluaran lendir likat, rasa sakit dan panas pada kemaluan ketika membuang air kecil. |
prolapse | prolaps | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Apabila sesuatu organ terkeluar daripada kedudukan asalnya. Prolaps merujuk kepada organ yang terjojol keluar melalui vagina atau rektum. |
pregnancy diagnosis | diagnosis kebuntingan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Kaedah yang digunakan untuk mengetahui status kebuntingan haiwan. Pelbagai teknik mendiagnosis kebuntingan pada haiwan boleh dilakukan seperti pempalpatan rektum, pengukuran aras hormon, pengukuran aras protein awal kebuntingan dan pemeriksaan menggunakan pengimbas ultrabunyi. Penentuan kebuntingan pada peringkat awal haiwan amat penting dalam pengurusan haiwan. |
hematochezia | hematokezia | Perubatan | Tiada | Darah yang keluar dari dubur, biasanya di dalam atau pada najis yang disebabkan oleh perdarahan pada saluran pencernaan bahagian bawah, seperti usus besar atau rektum. |
genetic abnormality | keabnormalan genetik | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Kecacatan genetik yang wujud semasa lahir disebabkan terdapat gen yang hilang, gen wujud secara berlebihan, mutasi gen atau translokasi gen. Contoh keabnormalan genetik termasuklah hermafrodit, prolaps rektum dan hernia. |