rel | rel | Teknik | Elektrik | Unit ukuran engganan. |
guard rel | rel adang | Kejuruteraan | Tiada | Struktur yang diperbuat daripada keluli, konkrit atau kabel bagi menghalang kenderaan terbabas daripada melanggar objek di tepi atau terkeluar dari kawasan jalan. |
rail joint | sambungan rel | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Sambungan pada rel yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua batang rel untuk menyediakan ruang bagi pengembangan dan pengecutan rel semasa perubahan suhu. |
rail test | ujian rel | Kejuruteraan | Tiada | Ujian kerapuhan rel, dengan pemberat 1 tan dijatuhkan dari ketinggian yang berlainan ke atas rel yang tersokong sejarak 0.9 m. |
adzing machine | mesin penarah | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Mesin yang menyediakan tempat letak rel dan plat rel di atas kayu landasan kereta api. Mesin ini biasanya berfungsi bersama-sama mesin pengorek lubang pepaku. |
railhead | pangkalan kereta api | Kejuruteraan | Tiada | 1. Tempat lalu lintas jalan rel bermula dan berakhir.,2. Bahagian paling atas rel, yang menyokong roda-roda kenderaan jalan rel.,3. Hujung sementara bagi landasan jalan kereta api yang dalam pembinaan. |
cross tie | landasan;ikatan silang | Kejuruteraan | Tiada | Bendul kayu atau logam yang diletak secara melintang di bawah trek rel atau jalan rel, jalan tram atau kereta lombong. |
third rail | rel ketiga | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Rel yang biasanya membawa arus terus yang memberi kuasa kepada motor tarikan lokomotif elektrik. |
light rail | rel ringan | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Rel yang digunakan untuk membuat landasan yang boleh menampung beban yang kurang daripada sembilan tan beban gandar. |
rail anchor | penambat rel | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Alat untuk memastikan rel berada pada kedudukan yang sama semasa suhu berubah-ubah dan selepas mengalami gegaran daripada laluan tren. |