Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rem.bé.ga] | رمبيݢ

Definisi : (rembéga) sj tumbuhan (herba), Ca­lotropis gigantea. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rembega


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
asclepiad tree (Calotropis gigantea)rembega; remiga;; (Calotropis gigantea)PertanianTiadaTiada
RemiguCalotropis giganteaPertanianTiadaTumbuhan dalam famili Asclepediaceae ini juga dikenali sebagai rembega, remiga, lembiaga dan kemengu. Pokok jenis renik ini mempunyai batang berbulu putih. Daunnya berbentuk elips dan tangkai daunnya pendek. Daun muda dipenuhi bulu. Bunganya berwarna putih atau ungu muda. Buahnya jenis folikel berbiji keras. Tumbuhan ini sering kali dijumpai hidup liar di kawasan berpasir di tepi laut. Akarnya mengandungi saponin, kalotropin, kalotoksin, uskarin, kalaktina. Daunnya mengandungi saponin, flavonoid, polifenol, tanin. Batangnya mengandungi tanin. Getahnya beracun. Daun yang telah dilumatkan digunakan sebagai tampalan untuk merawat bisul, kudis dan bengkak. Asap kulit pokok atau daun kering yang telah dibakar dihidu untuk merawat resdung dan ulser hidung. Getah digunakan secara luaran untuk merawat sakit telinga, sakit gigi, bisul, ekzema dan luka. Kulit akar digunakan untuk mengubati demam, gigitan ular, sakit kulit, sifilis. Air rebusan bunga digunakan untuk mengubati kusta, sifilis, gonorea, batuk dan masal
Calotropis gigantearemiguHerbaBotani dan BioteknologiPokok renek dalam famili Asclepiadaceae dan dikenali juga sebagai remiga, rembega dan lembiaga. Remigu tumbuh liar di tanah terbiar terutama di kawasan berpasir berhampiran pantai. Tingginya hanya 1 meter hingga 3 meter. Keseluruhan tumbuhan berbulu halus dan bergetah putih. Daunnya besar dan tebal berwarna hijau kekelabuan. Permukaan bawah daun berdebu kelabu. Bentuk daun bujur panjang dan urat daunnya keputih-putihan. Bunganya berwarna ungu pucat tetapi terdapat juga warna putih kehijau-kehijauan dan tersusun pada jambak jenis umbel. Buah yang muda berwarna hijau dan menggelembung kerana mengandungi angin. Daunnya boleh dibuat ubat sapu untuk luka, bisul dan bengkak kulit. Daun yang telah dipanggang disedut asapnya untuk mengubati ulser hidung. Getah daun dititikkan pada lubang gigi yang sakit. Getah daun juga boleh mengubati mata dan telinga. Getah ini dipercayai boleh membunuh kuman.

Kembali ke atas