Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.nang] | رنڠ

Definisi : ; kolam ~ kolam utk berenang; lumba ~ perlumbaan berenang (sukan); berenang bergerak dgn tangan dan kaki dll di air: ikan ~ dlm air; acara-acara sukan itu ialah lumba lari, mendayung sampan, me­nembak, ~;~ kodok Id suatu cara berenang, gaya dada; ~ menelentang berenang dgn badan yg me­nelentang; mengajar itik ~ prb perihal membuat sesuatu pekerjaan yg sia-sia; berenang-renang berenang ke sana sini: beberapa ekor anak itik kelihatan sedang ~ di dlm kolam itu; merenangi berenang di (ke): ~ orang lemas; ~ laut lepas prb perihal pergi ke negeri lain dgn tiada tentu tujuan; merenangkan membawa berenang, mem­biarkan berenang: Benderang dititahkan ba­ginda ~ rantai terlalu besar, maka di­renang­­kan oleh Benderang dgn Badang rantai itu; renangan gerakan (perbuatan, gaya dsb) berenang: Si Hitam mengikut ~ ikan itu yg bergerak dgn kepayahan pd tempat yg cetek itu; perenang ahli sukan renang, ahli renang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.nang] | رنڠ

Definisi : ; pokok ~ sj tumbuhan (pokok), ubah paya, ubah merah, samat tebangau, Glochidion brunneum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.nang] | رنڠ

Definisi : ; kolam ~ kolam tempat berenang. acara (sukan dll) ~ acara (sukan dll) perlumbaan berenang. berenang 1 menggerakkan badan ketika menyelam atau ketika mengapung di air dgn menggunakan tangan, kaki atau ridip. 2 perbuatan menggerakkan badan dlm air dgn menggunakan tangan, kaki dsb: ~ menyihatkan badan. merenangi berenang di atau ke: ~ laut lepas. merenangkan membawa atau mem­biarkan berenang: Beliau telah berjaya ~ budak yg hampir lemas itu ke tebing. perenang orang yg pandai berenang; ahli pasukan renang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata renang

Puisi
 

Ikan putih terenang-renang,
     Anak sepat dari muara;
Sungguh sedih bila dikenang,
     Sahabat setia buat angkara.


Lihat selanjutnya...(9)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
underwater swimmingrenang selamSukanTiadaPerlakuan renang di bawah permukaan air , seperti menyelam, mensnorkel, renang rama dan skuba.
swimming costumepakaian renang wanitaSukanTiadaPakaian renang yang digunakan oleh wanita. Pakaian ini juga dikenali sebagai baju renang.
open water swimming competitionpertandingan renang sejadiSukanTiadaKejohanan renang yang diadakan di luar kolam renang seperti laut, sungai, selat, tasik dan sebagainya.
synchronized swimmingrenang ramaSukanTiadaAcara renang yang memerlukan peserta melakukan pelbagai gaya, kuak dan bentuk gimnastik dalam air mengikut irama muzik. Pertandingan ini dinilai dari segi gaya, persembahan, keaslian dan kesukaran melakukannya.
scullinggaya renang campangSukanTiadaGaya renang lentang dengan tangan membuat angka lapan di bawah permukaan air dan kaki tendang keribas.Sinonim : backpaddle
scissors strokegaya renang guntingSukanTiadaGaya renang dengan kedudukan badan mengiring, satu tangan menguak gaya dada, satu lagi menguak air dari dada ke paha, atau lurus di tepi badan. Kedua-dua lutut membengkok, menendang secara mengangkang dan menutup kaki dengan pantas. Gaya ini sesuai untuk menunda mangsa.
swimming wearpakaian renang/ pakaian terjunSukanTiadaPakaian renang untuk lelaki atau wanita.
open swimming competitionpertandingan renang terbukaSukanTiadaKejohanan renang yang tidak mengikut peringkat umur.
swimbracoli renangKesenianTiadaMangkuk berbentuk yang dicantum atau berasingan pada bahagian dalam sut renang untuk membentuk payudara.
swim capserkup renangSukanTiadaPenutup kepala yang dipakai oleh perenang untuk menghalang rambut daripada mengganggu aktiviti renang dan juga untuk kebersihan kolam.
12345678910...

Kembali ke atas