infinity pool | kolam infiniti | Landskap | Tiada | Kolam renang yang memberikan ilusi tidak mempunyai tepi dan sempadan. |
necton | nekton | Sains Marin | Tiada | Organisma dengan kebolehan renang untuk bergerak secara aktif melalui turus air atau dapat bergerak melawan arus. |
air blader | pundi udara; lupa-lupa (ikan) | Biologi | Tiada | 1. Pundi renang dalam ikan.,2. Pendilatan talus yang berongga dalam bladderwrack. |
plankton | plankton | Sains Marin | Tiada | Organisma kecil dan mikroskopik yang hidup di dalam badan air seperti laut, tasik, sungai dan kolam yang mempunyai keupayaan renang terhad dan terapung-apung atau hanyut mengikut peredaran arus. Plankton dapat dibahagikan kepada dua kumpulan utama, iaitu fitoplankton dan zooplankton. Organisma plankton yang utama adalah seperti diatom dan pelbagai alga mikroskopik lain, protozoa, krustasia kecil, peringkat larva dan telur berbagai-bagai jenis organisma. |
active drag | seretan aktif | Sains Sukan | Biomekanik | Seretan yang wujud akibat pergerakan jasad. Pergerakan jasad boleh berlaku dalam medium bendalir dan udara. Contohnya, dalam sukan renang, pakaian berteknologi dicipta untuk mengurangkan seretan aktif bagi meningkatkan kecekapan pergerakan. |
infectious hypodermal and hematopoietic necrosis | hipoderma dan nekrosis hematopoietik berjangkit | Perikanan | Akuakultur | Penyakit pada udang yang disebabkan oleh jangkitan virus famili Parvoviridae. Udang yang dijangkiti akan menjadi cacat pada anggota badan, seperti putus kaki renang, antena, kaki jalan dan uropod. |
negatively accelerated learning curve | lengkok pembelajaran cekung | Sains Sukan | Biomekanik | Lengkok yang menggambarkan tahap peningkatan yang perlahan semasa awal pembelajaran kemahiran motor, disusuli tahap peningkatan yang mendadak setelah kemahiran asas dikuasai. Contohnya, kemahiran asas berenang seperti teknik penafasan dan apungan, mengambil masa yang lama untuk dipelajari. Namun, selepas menguasai kemahiran asas, atlet boleh mempelajari gaya renang yang lain. |