Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sl cerita, karangan, kisah: ia giat dlm menulis esei-esei dan ~-~ ringan; ~ pengarang = tajuk ~ karangan (terutama dlm surat khabar, majalah, dll) yg merupakan pendapat suratkhabar atau majalah itu; 2. ca­tat­­an mengenai perbincangan dlm mesyuarat dll, laporan, minit: dia sedang menyiapkan ~ mesyuarat yg lalu; 3. rangka sesuatu yg akan dikerjakan, buram, pelan, rancangan: kami membuat ~ kota teladan; pemerintah telah tahu tentang ~ pemberontakan; 4. acara (pembicaraan), agenda, jadual, program: per­kara ini termasuk dlm ~ yg akan kita run­dingkan kemudian; kami berangkat kembali ke Acheh menurut ~ yg telah diatur terlebih dahulu; 5. buram (surat), konsep, naskhah (surat), draf, rang: beri saya ~ surat itu se­karang juga; 6. perkataan (ayat dll) yg di­bacakan oleh seseorang supaya ditulis oleh yg lain, imlak: semasa latihan ~ dijalankan, pelajar-pelajar mestilah mendengar dgn baik dan menulis apa yg sedang guru baca­kan; ~ Colombo rancangan bantuan teknik antara­bangsa; ~ kerja rancangan pekerjaan yg akan dilaksanakan; ~ lima tahun Id rancangan pembangunan yg harus dilaksanakan dlm masa lima tahun; berencana dgn rencana, berancang; merencana sl bercerita; merencanakan 1. mengarang (cerita dll), menghuraikan, menceritakan: maka adalah kurencanakan dalamnya dr zaman moyang­ku sampai ke masa aku; tidak dapat ku­rencanakan bagaimana rasa hatiku, marah, sedih, benci, dll; tidak semua kejadian yg direncanakan dlm cerita ini sebenarnya berlaku; 2. menyusun laporan (keterangan, minit, dll): hasil tinjauan tentang kemahuan penduduk Malaysia Timur yg direncanakan oleh rombongan peninjau Bangsa-Bangsa Bersatu dlm laporannya kpd U Thant, di­terima baik oleh Kuala Lumpur; 3. menyusun atau membuat rancangan (program dll), merancang: ia meminta kepadaku utk ~ suatu projek perumahan Bupati; dua jurusan peng­­gempuran direncanakan, pasukan Ame­­rika mendarat di Afrika Barat dan Inggeris di Mesir; 4. mengucapkan perkataan (ayat dll) supaya ditulis oleh orang lain: apa yg direncanakan oleh pengurus itu ditulis oleh setiausahanya dlm tulisan trengkas; terencana terancang: skim ini bertujuan utk mengendalikan program terjemahan secara ~; perencanaan perihal merencanakan, pe­ran­cangan: pelajaran yg menjadi ke­gemar­anku ialah ~ kota; namun begitu hasilnya kurang memuaskan dr segi keaktifan dan ~; perencana 1. sl penyusun cerita (kisah, hu­rai­­an, dll); 2. orang dll yg merencanakan, perancang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 karangan lengkap yg disiarkan dlm surat khabar atau majalah; makalah: Ia selalu menulis ~ utk majalah Dewan Bahasa. 2 rangka bkn sesuatu yg akan dilakukan; jadual; rancangan: Kami selamat sampai di puncak bukit itu menurut ~ yg sudah diatur. 3 apa-apa yg dibaca atau yg diucapkan supaya ditulis oleh orang lain: Sesudah membaca, mereka membuat ~ pula. berencana ada rencananya; dgn rencana; berancang. merencanakan 1 menulis rencana atau cerita; menulis makalah: Abdullah telah ~ hal-hal kebodohan orang Melayu dlm bukunya. 2 menyusun atau membuat sesuatu rancangan; menjadualkan; merancang: Ia meminta saya ~ satu projek perumahan. 3 mengucapkan sesuatu supaya ditulis oleh orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rencana (kata nama)
1. Bersinonim dengan karangan: makalah, artikel, esei, cerita, kisah,

2. Bersinonim dengan catatan: laporan, minit,

3. Bersinonim dengan rancangan: pelan, buram, rang, draf,

4. Bersinonim dengan acara: agenda, jadual, program,

Kata Terbitan : merencanakan, terencana, perencanaan, perencana,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
closed systemsistem tertutupPentadbiran PerniagaanTiadaSistem yang tidak menggunakan media rencana semasa membaca rencana atau transkripsi.
advertorialiklan rencana-TiadaIklan cetak, elektronik atau dalam talian yang dipersembahkan dalam gaya editorial yang bertujuan untuk menyampaikan maklumat produk atau perkhidmatan.
dictationimlakSains KesihatanTiadaPenulisan semua rencana, ayat, huruf atau perkataan selepas diperdengarkan.
desktop unitunit mejaPentadbiran PerniagaanTiadaKomputer atau mesin rencana yang boleh diletakkan di atas meja.
odometerodometerPentadbiran PerniagaanTiadaMesin untuk mengira masa pada mesin rencana.
sonic searchgelintar sonikPentadbiran PerniagaanTiadaCiri yang merujuk kepada unit rencana yang membolehkan pengimbasan cepat untuk mencari bahagian permulaan dan akhir dokumen yang dirakam.
emendationpembetulanKesusasteraanTiadaPembaikan yang dilakukan terhadap teks yang dianggap mempunyai kesalahan atau kesilapan tertentu. Pembetulan biasanya dilakukan oleh editor atau penyunting untuk membaiki teks agar lebih mudah difahami pembaca dan tepat isi kandungannya. Antara bentuk pembetulan yang dilakukan termasuklah dari segi tatabahasa, ketepatan fakta dan susunan teks. Teks yang dimaksudkan termasuklah penulisan buku ilmiah, buku sastera, buku umum, esei dan rencana. Pembetulan merupakan sesuatu yang biasa berlaku dalam proses penulisan. Bahan tulisan awal akan disaring oleh editor atau penyunting sebelum diterbitkan. Dalam konteks kesusasteraan Melayu tradisional, pembetulan sering berlaku dalam aktiviti penyalinan atau penulisan semula sesebuah naskhah manuskrip. Terdapat penyalin yang membuat pelbagai perubahan atau tokok-tambah terhadap naskhah asal, bertujuan membaiki naskhah yang disalinnya. Oleh itu, pembetulan dilihat sebagai aktiviti yang membawa kebaikan terhadap sesebuah karya, namun boleh menyebabkan kemunculan versi naskhah yang berbeza. Lihat juga anotasi, kritikan teks.
press freedomkebebasan akhbarSains PolitikPolitik PerbandinganKebebasan untuk menyiarkan dan mengulas berita tanpa sekatan pihak berkuasa khususnya pemerintah. Kebebasan ini termasuk menyampaikan apa sahaja berita sama ada yang sensitif atau tidak disenangi oleh pihak berkuasa. Dalam kebebasan ini, akhbar tidak menghadapi masalah tapisan dan tidak tertekan untuk menyiarkan berita yang menyebelahi pihak tertentu. Kebebasan ini juga memberi ruang kepada akhbar untuk melakukan penyelidikan atau penyiasatan yang hasilnya diterbitkan dalam rencana atau bersifat analisis seperti laporan penyiasatan. Contohnya, akhbar di Perancis yang bebas menyiarkan pelbagai berita sama ada yang menyokong atau mengkritik pemerintah.

Kembali ke atas