self-esteem | harga diri | Kejururawatan | Tiada | Pencapaian maruah diri pada tahap yang mencapai kepuasan diri seseorang. Harga diri boleh terbahagi kepada harga diri rendah atau tinggi. |
egoism | egoisme | Kesusasteraan | Tiada | Sikap mementingkan diri sendiri atau berasakan diri sendiri lebih penting daripada orang lain. Egoisme membenarkan individu itu berasa megah, dan menganggap dirinya sebagai asing daripada individu yang lain Dalam sastera, watak egoisme ialah watak yang mementingkan diri sendiri, memandang rendah pada pendapat orang lain, sering menampilkan dirinya kepada umum, suka menarik perhatian orang, dan bermegah dengan pandangan sendiri. Banding ego. |
the other | si lain | Kesusasteraan | Tiada | Konsep dunia di luar diri individu atau aspek tersembunyi dalam diri individu. Si lain digunakan secara meluas dalam penulisan bidang falsafah dan psikologi. Rosemary Jackson mengenal pasti konsep ini sebagai asas pada struktur semantik yang berupaya menghasilkan pelbagai motif fantastik. Usaha yang penting dalam motif fantastik adalah untuk menghapuskan perbezaan antara konsep diri dengan konsep si lain. Konsep ini mempunyai kaitan rapat dengan tema nafsu dan bawah sedar dalam diri individu. Konsep ini juga penting dalam teori pascakolonial, iaitu pihak penjajah melihat masyarakat yang dijajah sebagai si lain. Hal ini adalah kesan daripada cara mereka menganggap diri sendiri sebagai pusat dunia, manakala orang yang dijajah berada di pinggiran dunia. Penjajah mengganggap diri mereka lengkap dan merangkumi semua nilai manusia yang sejati, iaitu konsep �diri� yang benar, manakala orang yang dijajah sebagai �lain�, yakni berkedudukan lebih rendah. Proses �melainkan� merujuk kepada kegiatan menganggap dan menilai orang lain sebagai lebih rendah kedudukannya. |
low-risk exposure | dedahan risiko rendah | Kesihatan Awam | Tiada | Keadaan bahaya pada tahap rendah yang dihadapi oleh individu atau kelompok individu apabila terdedah kepada rembesan cecair daripada pesakit yang dijangkiti dan kedua-dua individu tersebut menggunakan kelengkapan perlindungan diri. |
noble savage | noble savage | Kesusasteraan | Tiada | Konsep yang merujuk kepada sifat kemuliaan, kebaikan dan martabat diri yang tinggi pada manusia primitif yang belum dicemari oleh kesan buruk tamadun. Pada era romantisme, konsep ini merupakan tindak balas penulis terhadap kesan negatif industrialisme, materialisme dan kapitalisme yang memusnahkan keindahan semula jadi. Dalam era imperialisme pada kurun ke-19, konsep noble savage digunakan oleh para orientalis untuk merujuk kepada masyarakat peribumi. Kini, dalam bidang kajian pascakolonial, konsep ini ditinjau semula untuk mempelihatkan sikap memandang rendah sebilangan orientalis terhadap masyarakat peribumi. |
absent voter | pengundi tak hadir | Sains Politik | Politik Perbandingan | Individu yang mendaftar sebagai pemilih tetapi tidak menghadirkan diri di tempat pembuangan undi. Keadaan ini juga disebut sebagai pengundi yang tidak kisah politik atau tidak suka politik. Fenomena pengundi tidak hadir ini wujud dalam konteks sistem demokrasi seperti Amerika Syarikat, Great Britain, Perancis dan Kanada. Contohnya, setiap kali pilihan raya Presiden Amerika Syarikat diadakan, jumlah pengundi tidak hadir sekitar 43 peratus semenjak 1966. Hal ini berbeza dengan fenomena yang diamalkan di negara sedang membangun yang jumlah pengundi tidak hadir adalah rendah. |
pre-colonial society | masyarakat prakolonial | Sains Politik | Politik Perbandingan | Masyarakat negara sedang membangun yang wujud sebelum kedatangan penjajah. Masyarakat ini bersifat agraria, tertutup dan tidak terdedah kepada unsur kapitalisme dan perindustrian. Budaya politik masyarakat ini bersifat feudal dengan pemerintahan negara dikuasai oleh institusi monarki. Ekononi masyarakat ini masih bersifat sara diri dan hubungan antara anggota masyarakat masih bersifat egalitarian. Struktur sosial masyarakat ini adalah ringkas, homogen dan belum wujud imigrasi yang ketara. Penghijrahan dalaman masih terbatas, tahap pendidikan dan teknologi dalam masyarakat ini juga masih rendah. Contohnya, masyarakat Melayu Melaka sebelum kedatangan Portugis. |