Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (réntang) ark; merentang-rentang membentak-bentak, menengking, meng­ge­rantang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : terhulur panjang, terhulur memanjang; se~ perjalanan Mn beberapa lamanya (jauh­nya) berjalan; se~ ayam selama (sepusing) menyabung ayam; merentang 1. membentang panjang, ter-letak memanjang: satu banjaran gunung ~ di tengah-tengah Semenanjung Tanah Melayu; dawai telefon yg ~ dr rumah ke rumah; tugas hidupku ~ di depanku; 2. menggalang, menghalang, melintang (di jalan dll); ~ antap ark memotong (memintas) jalan; ~ jalan membuat jalan; ~ jambatan membuat jambatan; ~ panjang menghuraikan (men­ceritakan) panjang lebar; merentangi 1. merentang pd: mereka mem­bina sebuah jambatan gantung yg ~ sungai; jalan kereta api Trans-Siberia yg lurus ~ kawasan ini; 2. menghalangi, merintangi: beberapa banyak kesukaran yg ~ usahanya telah dapat diatasi; merentangkan 1. menarik atau memasang kawat (benang, tali, dll) tegang-tegang, meregangkan: ~ kawat; ~ tali; maka di­regangkan oleh Benderang dgn Badang rantai itu dan direntangkannya; 2. meng­hulurkan (tangan, kaki) ke hadapan dll: ia mulai bergerak, ~ tangan, dan meng­anjur­kan kaki; 3. menerangkan dgn panjang lebar, menghuraikan: pandai ~ cerita; terentang 1. sudah direntangkan, ter­bentang: gunung itu ~ dr utara ke selatan melalui tanah besar Asia Tenggara; 2. tergalang, terhalang; perentangan perbuatan dsb merentangkan: kegiatan pengedaran dan penampalan poster dan ~ sepanduk di merata-rata tempat; perentang sesuatu (benda atau orang) yg merentang (menghalang), penghalang: rantai ~ itu dapat diputuskan; kenangan hitam itu berjaya menjadi ~ utama bagi Babu drpd berkahwin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; merentang terletak melintang di jalan, sungai dll; menggalang: Batang kelapa yg ~ di parit itu dijadikan titi. merentangi 1 merentang pd; merentang di: Mereka telah membina jambatan gantung yg ~ sebatang anak sungai. 2 menyekat; menghalang; merintangi: Dia dpt mengatasi segala kesukaran yg ~ usahanya. merentangkan 1 menarik atau mengikat kedua-dua hujung sesuatu spt tali, pd dua tiang yg berjarak supaya tegang; meregangkan: ~ dawai; ~ tali. 2 menghulurkan tangan atau kaki ke hadapan: Ia mula bergerak, ~ tangan dan mengunjurkan kaki. terentang 1 sudah direntangkan: Dawai telefon ~ dr rumah ke rumah. 2 tergalang; terhalang. perentang sesuatu atau seseorang yg merentang atau menghalang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rentang
Kata Terbitan : merentangi, merentangkan, terentang, merentang-rentang,

Puisi
 

Anak enggang di kayu tinggi,
     Banyak daun merentang-rentang;
Anak dagang tak lama di sini,
     Sampai musim dia pulang.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cantilever bridgejambatan julurKejuruteraanKejuruteraan BangunanJambatan yang terdiri daripada tiga rentang. Rentang di sebelah luarnya ditambatkan kepada tambatan yang bertindak sebagai jermang dan rentang di sebahagian lagi dijulurkan keluar pada jarak satu pertiga daripada rentang keseluruhan.
bannerkain rentang; tajuk rentangKomunikasiTiadaTiada
bannerkain rentang; tajuk rentangPentadbiranTiadaTiada
bannerkain rentang; tajuk rentangKomunikasiTiadaTiada
bannerkain rentang; tajuk rentangPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
bannerkain rentang; tajuk rentangPerpustakaanTiadaTiada
bannerkain rentang; tajuk rentangPertanianTiadaTiada
bannerkain rentang; tajuk rentangUndang-undangTiada1. Sekeping kain atau kertas, biasanya empat segi bujur besar yang mempunyai cogan kata atau corak yang dibawa dalam satu tunjuk perasaan atau perarakan.,2. Tajuk utama di muka hadapan akhbar.,3. Jaluran kain yang panjang, yang direntang melintang atau sepanjang jalan.,4. Bendera yang mempunyai lambang sesuatu pasukan tentera, polis dan sebagainya.
bannerkain rentang; tajuk rentangSejarahTiadaTiada
bannerkain rentang; tajuk rentangKesenianTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas