string | rentetan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Susunan aksara yang boleh berbentuk ASCII, perenambelasan, bit perduaan dan yang seumpamanya. Walaupun rentetan boleh mempunyai panjang yang pelbagai namun panjang ini boleh dianggap sebagai panjang yang tidak tetap yang mempunyai kekangan masing-masing. Umumnya, dalam bahasa pengaturcaraan, rentetan boleh dibahagikan kepada dua jenis data rentetan, iaitu rentetan panjang tetap dan rentetan panjang boleh ubah. Rentetan panjang tetap adalah rentetan yang mempunyai panjang maksimum yang tetap, yang menggunakan saiz ingatan yang sama, sama ada panjang maksimum ini dicapai ataupun tiak dicapai. Rentetan panjang boleh ubah pula merupakan rentetan yang mempunyai panjang yang tidak tetap, yang menggunakan saiz ingatan bergantung kepada saiz atau panjang rentetan itu sendiri. Rentetan panjang boleh ubah sering digunakan dalam bahasa pengaturcaraan moden. |
long string | rentetan panjang | Kejuruteraan | Petroleum | 1) rentetan selongsong terakhir atau selongsong terkecil yang diset pada sesebuah telaga. 2) Rentetan selongsong yang diset melalui atau menembusi zon pengeluaran sesebuah telaga. Kadangkala dikenali juga sebagai rentetan minyak atau selongsong pengeluaran. Beberapa rod penyedut yang diskrukan antara satu sama lain bagi menghubungkan unit pengepaman rasuk yang berada di permukaan dengan unit pam rod penyedut yang berada di dalam lubang telaga. Rujuk : unit pengepaman rasuk. |
annulus | anulus | Kejuruteraan | Petroleum | Ruangan antara rentetan tetiub atau rentetan gerudi dengan selongsong atau dinding telaga. Menerusi ruangan inilah lumpur penggerudian dan rincisan keluar dari dalam lubang semasa operasi penggerudian berlangsung. |
swivel | swivel | Kejuruteraan | Tiada | Penyambung hos berputar dengan rentetan gerudi sehingga membolehkan rentetan gerudi berputar dan pengedaran lumpur berlaku. |
pipe hanger | penggantung paip | Kejuruteraan | Tiada | Peranti untuk menggantung rentetan selongsong dan rentetan tetiub di dalam telaga. |
landing depth | kedalaman pendaratan | Kejuruteraan | Petroleum | Kedalaman lubang gerudi tempat hujung terbawah rentetan selongsong diletakkan atau didapati semasa rentetan tersebut diset di dalam lubang berkenaan. Nilai kedalaman ini biasanya sama dengan panjangnya rentetan selongsong yang digunakan. |
liner | pelapik | Kejuruteraan | Petroleum | 1) Sebarang rentetan selongsong yang bahagian atasnya tidak sampai ke permukaan, iaitu bahagian atasnya terpasang di subpermukaan. 2) Selongsong bergaris pusat yang lebih kecil yang tergantung di hujung bawah selongsong lain yang mempunyai garis pusat yang lebih besar. Mampu bertindak sebagai rentetan minyak atau rentetan pengeluaran yang menghubungkan zon pengeluaran kepada selongsong sebelumnya. 3) Sekeping logam tipis berbentuk kerucut yang terdapat pada cas tetuang yang merupakan bahagian cas tetuang. Berguna untuk meningkatkan kecekapan cas dengan cara menambah keupayaan penembusan jet yang terbentuk. |
water string | rentetan air | Kejuruteraan | Tiada | Rentetan selongsong untuk menutup air yang terdapat di atas lapisan pasir yang mengandungi minyak. |
macaroni string | rentetan lidi | Kejuruteraan | Tiada | Rentetan tetiub atau paip yang kecil, biasanya berdiameter kurang daripada 10 inci. |
water string | rentetan air | Kejuruteraan | Petroleum | Rentetan selongsong yang dipasang di dalam lubang telaga untuk menutup atau mengasingkan air yang terdapat di atas lapisan pasir yang mengandungi minyak. Dengan demikian air tersebut tidak akan masuk ke dalam sistem lubang telaga. |