[re.nyu/] | رڽوق
Definisi : 1. kumal, berkerumuk (kain, kertas): nanti ~ pula pakaian yg sudah diseterika itu; 2. remuk: pondok buruk itu habis ~ dihempap batang kelapa yg tumbang; merenyukkan mengumalkan, meremukkan: bunga itu direnyukkannya; mahu rasanya kepala Si Sudin itu direnyukkannya; kerenyukan perihal atau keadaan renyuk; ronyok. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[re.nyu/] | رڽوق
Definisi : Mn rajuk; merenyuk merajuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[re.nyu/] | رڽوق
Definisi : Mn rentak, sentak; serenyuk serentakan: tidak semena-mena ribut datang ~; merenyuk 1. = dgn ~ dgn serta-merta berdiri (kerana marah dll); 2. = merenyukkan menyentakkan, merentak (merenggut, merengkah) dgn kuat-kuat (cepat-cepat): jangan direnyukkan tali kekang kuda itu; 3. = merenyukkan mengunjukkan (memberikan) dgn marah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[re.nyu/] | رڽوق
Definisi : tidak licin (bkn kain, kertas dll); berkerut-kerut; berkerumuk; kumal: Jangan duduk di atas kain yg bergosok itu, nanti kain itu ~. merenyukkan menjadikan berkerut-kerut; mengumalkan: Dia ~ gambar itu lalu membuangnya ke dlm bakul sampah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)