Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.sa.pan] | رسڤن

Definisi : perihal meresap (masuk ke dlm sesuatu), kejadian (sesuatu) meresap ke dlm sesuatu: kertas itu sudah berbulu-bulu dan berbelang-belang oleh ~ air; akibat pe­ngaruh dan ~ nilai-nilai keislaman inilah yg menyebabkan syair dan pantun Melayu kian bermakna dan kedudukan penyair Melayu Islam bertambah penting di Nusantara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.sa.pan] | رسڤن

Definisi : apa-apa yg telah meresap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
resap
Kata Terbitan : meresap, meresapi, meresapkan, terserap, resapan, keresapan, peresapan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
diffusion velocityhalaju resapanKejuruteraanKejuruteraan KimiaHalaju komponen di dalam campuran berbilang komponen relatif kepada halaju resapan jisim atau halaju resapan molar. Terdapat dua jenis halaju resapan bagi pemindahan jisim yang dijelaskan sebagai = halaju resapan komponen j (uj) relatif kepada halaju resapan molar purata (). = halaju resapan komponen j (uj) relatif kepada halaju resapan jisim purata ().
diffusion theoryteori resapanKejuruteraanTiadaTeori resapan: Teori untuk resapan zarah di dalam medium dengan menganggapkan ketumpatan arus berkadar terus dengan kecerunan ketumpatan fluks.
internal diffusion regimerejim resapan dalamKejuruteraanKejuruteraan KimiaRejim resapan yang berlaku pada keadaan suhu yang lebih tinggi daripada rejim tindak balas intrinsik. Dalam rejim ini kadar resapan meningkat per unit keupayaan resapan, tetapi kadar tindak balas intrinsik meningkat secara eksponen. Oleh itu, keupayaan lebih tinggi diperlukan bagi proses resapan dan ini menyebabkan keupayaan yang kurang untuk memacu tindak balas kimia. Dengan ini, kecerunan kepekatan bahan tindak balas terbentuk di antara bendalir pukal dengan permukaan mangkin.
Fick diffusion coefficientpekali resapan FickKejuruteraanKejuruteraan KimiaPekali resapan yang berdasarkan andaian bahawa resapan gas berlaku melalui rongga yang sama saiz, panjang, dan bentuk yang dijelaskan sebagai dengan DF = pekali resapan Fick, superskrip q = pecahan permukaan yang kosong, t = kelikuan, S = faktor bentuk, L = faktor sudut panjang, subskrip A = gas meresap, subskrip B = gas pukal.
Knudsen diffusion coefficientpekali resapan KnudsenKejuruteraanKejuruteraan KimiaPekali resapan yang diterbitkan daripada teori kinetik gas untuk menghasilkan ungkapan pekali resapan berkesan, yang diungkapkan sebagai dengan DK = pekali resapan Knudsen, q = pecahan tapak yang kosong, t = kelikuan, S = faktor bentuk, r = ketumpatan medium, T = suhu.
Bosauquet formulaformula BosauquetKejuruteraanKejuruteraan KimiaPersamaan yang menganggarkan resapan berkesan keseluruhan bagi kaedah resapan pukal dan Knudsen dan diungkapkan sebagai dengan D = pekali resapan, subskrip A = molekul A meresap ke dalama bendalir pukal B, subskrip K = resapan jenis Knudsen, subskrip e = nilai berkesan.
Fick�s first lawhukum Fick pertamaKejuruteraanKejuruteraan KimiaHukum yang menyatakan bahawa resapan molekul sebagai fluks jisim atau molar relatif kepada halaju resapan purata bagi proses resapan pada keadaan isoterma dan isobar dalam satu matra sahaja.
pressure diffusionresapan tekananKejuruteraanKejuruteraan KimiaResapan yang melibatkan pemindahan jisim daripada sistem cecair berbilang komponen melalui proses resapan yang diaruh oleh kecerunan tekanan. Kaedah ini digunakan dalam pengempar.
turbine pumppam turbinKejuruteraanKejuruteraan KimiaPam empar dengan cecair dipam mengalir keluar dari pendesak melalui suatu siri ram tetap yang berupa gelung resapan. Gelung resapan ini bertujuan untuk mengurangkan kehilangan tenaga akibat aliran gelora yang berpunca daripada pertukaran dari aliran jejarian ke aliran tangen.
gravitational diffusionresapan gravitiKejuruteraanKejuruteraan KimiaResapan yang berlaku dalam proses pengasingan jisim daripada sistem berbilang komponen melalui proses resapan yang menggunakan daya tarikan graviti. Sinonim pemendapan.
12345678910...

Kembali ke atas