aphasia receptive | reseptif afasia | Jururawat | Kejururawatan Klinikal | Kegagalan memahami makna perkataan yang tertulis atau yang dituturkan oleh orang lain dan gagal memberi respons dengan tepat.
|
receptive aphasia | afasia reseptif | Perubatan | Tiada | Lihat afasia deria. |
receptive vocabulary | perbendaharaan kata reseptif | Sosiologi | Tiada | Tiada |
protandrous | protandrus | Herba | Botani dan Bioteknologi | 1. Keadaan tumbuhan atau haiwan hermafrodit yang mempunyai gamet jantan yang matang dan dikeluarkan sebelum gamet betina matang. 2. Jenis tumbuhan yang mempunyai stamen yang membebaskan debunga sebelum stigma menjadi reseptif. |
meditation | meditasi | Psikologi | Psikologi Umum | Senaman mental yang digunakan untuk meningkatkan kesedaran individu. Meditasi diperoleh melalui satu siri latihan tumpuan yang boleh meningkatkan kesedaran dan mengawal proses mental supaya pengaliran fikiran tidak mudah terganggu. Semasa proses meditasi, rakaman elektroensefalogram (EEG) menunjukkan wujudnya pola gelombang yang unik tentang kesedaran. Terdapat dua jenis meditasi, iaitu meditasi tumpuan dan meditasi reseptif. Individu yang mengamalkan meditasi tumpuan akan memfokus kepada satu titik seperti objek, pemikiran atau pernafasan. Sebaliknya individu yang mengamal meditasi reseptif meluaskan lapangan pandangan melebihi satu titik dengan melebarkan mindanya ke alam yang lebih luas. Meditasi tumpuan didapati lebih berpengaruh dan biasanya diiringi dengan mantera yang disebut berulang kali secara beritma dan lancar. Meditasi berkesan dalam merendahkan kadar degupan jantung, tekanan darah dan meredakan ketegangan otot. |
sensory aphasia | afasia deria | Perubatan | Tiada | Ketidakupayaan memahami makna perkataan yang tertulis, sama ada dalam bentuk biasa atau braille, atau yang dituturkan akibat kecederaan atau penyakit pada bahagian pusat perkataan auditori dan visual (auditory and visual word centre) di otak yang berkaitan dengan pendengaran dan penglihatan. Sin: afasia reseptif, afasia temporoparietal. |