adrenergic receptor | reseptor adrenergik | Veterinar | Praklinikal | Reseptor yang terdapat pada permukaan luar dan dalam membran sel. Terdapat dua jenis reseptor adrenergik yang utama; iaitu reseptor alfa dan reseptor beta. Reseptor adrenergik diaktifkan oleh epinefrin dan norepinefrin. Antara fungsi reseptor adrenergik adalah untuk mengecutkan otot licin melalui reseptor alfa dan mengendurkan otot licin melalui reseptor beta. |
receptor agonist | agonis reseptor | Perubatan | Tiada | Molekul yang bergabung dengan sesuatu reseptor dan seterusnya merangsang reseptor tersebut. Agonis reseptor boleh terdapat secara semula jadi di dalam badan atau sebagai bahan asing seperti ubat. Contoh agonis semula jadi seperti adrenalina, histamina dan asetilkolina manakala contoh ubat agonis yang disintesis ialah Salbutamol dan Dobutamine. |
adrenergic receptor | reseptor adrenergik | Farmasi | Farmakologi | Reseptor yang terdapat pada permukaan dalam dan luar membran sel. Reseptor ini terdiri daripada kelas metabotropik yang berpasangan dengan G-protein. Reseptor adrenergik dirangsang dan diaktifkan oleh katekolamina, terutamanya norepinefrina dan epinefrina. Kebanyakan sel mempunyai reseptor adrenergik ini dan ikatandengan agonis secara umum menyebabkan respons simpatetik atau simpatomimetik. Contohnya, akibat rangsangan reseptor adrenergik ini, kadar denyutan jantung akan meningkat dan anak mata akan mengembang, tenaga akan digunakan dan pengaliran darah akan dialihkan dari organ-organ kurang penting ke otot rangka. Reseptor adrenergik dibahagikan kepada dua kumpulan,iaitu a dan P yang seterusnya dibahagikan kepada beberapa subjenis. Terdapat dua subjenis bagi reseptor a, iaitu a1 dan dengan fenilefrina bertindak sebagai agonis selektifbagi reseptor a tersebut Reseptor ppula mempunyai tiga jenis subjenis, iaitu Ph jh dan P3 dengan isoprenalina sebagai agonis tidak selektif. |
receptor inhibition | perencatan reseptor | Perubatan | Tiada | Proses menghalang tindakan agonis oleh antagonis pada reseptor bagi mengurangkan kesan rangsangan reseptor tersebut. Kesan rencatan reseptor boleh digunakan sebagai rawatan dalam pelbagai penyakit. Contoh, perencatan reseptor histamina 2 (H2) mengurangkan rembesan asid gaster yang digunakan sebagai asas rawatan dalam penyakit ulser peptik. |
acetylcholine receptor | reseptor asetilkolina | Veterinar | Praklinikal | Reseptor kolinergik yang terbahagi kepada dua jenis; iaitu nikotinik dan muskarinik. Reseptor kolinergik nikotinik terdapat dalam sistem saraf autonomik; simpang neurootot dan otot haiwan vertebrat. Reseptor kolinergik nikotinik memberikan gerak balas rangsangan cepat dan singkat. Reseptor kolinergik muskarinik pula; terdapat dalam sistem saraf parasimpatetik. Reseptor muskarinik mengawal pengecutan otot licin; motiliti usus dan pencerutan bronkus. Reseptor muskarinik juga wujud dalam ganglion servikal superior dan pada otak. Reseptor kolinergik muskarinik boleh merangsang atau merencat pergerakan otot. |
nicotinic receptor | reseptor nikotinik | Farmasi | Farmakologi | Reseptor yang berfungsi mengikat asetilkolina yang dapat mengesan kehadiran nik:otin. Pada tahap awal, kehadiran nikotin akan merangsang reseptor nikotinik tetapi kemudiannya akan menyekat reseptor itu sendiri. Reseptor nikotinik ini terdapat di dalam saraf pusat, medula adrenal, ganglion autonomi dan sambungan neurootot. |
adrenergic drug | ubat adrenergik | Perubatan | Tiada | Ubat yang bertindak pada reseptor adrenergik. Kesan ubat ini bergantung kepada jenis reseptor yang dirangsang dan selektiviti ubat terhadap reseptor tersebut. Rangsangan reseptor adrenergik beta 1 akan meningkatkan aktiviti jantung, manakala rangsangan reseptor adrenergik beta 2 menyebabkan bronkodilatasi. Antara kegunaan ubat adrenergik ialah meningkatkan denyutan jantung dan tekanan darah dalam resusitasi. Ia juga digunakan dalam rawatan penyakit asma akut. |
extroceptor | ekstrpseptor | Biologi | Fisiologi | Suatu reseptor yang menerima rangsangan daripada luar tubuh, merupakan reseptor sentuhan atau reseptor jarak jauh seperti mata dan hidung. |
antihistamine | antihistamina | Perubatan | Tiada | Ubat yang bertindak dengan merencat reseptor histamina sama ada reseptor histamina 1 (H1) ataupun reseptor histamina 2 (H2). Perencat H1 seperti Promethazine dan Chlorpheniramine digunakan sebagai antiemetik dan rawatan alahan. Ia boleh menyebabkan mengantuk dan hipotensi postural. Perencat H2 seperti Cimetidine dan Ranitidine digunakan dalam rawatan penyakit ulser peptik dengan mengurangkan penghasilan asid gaster. Perencat H2 boleh menyebabkan cirit-birit dan sakit kepala. |
reseptor mediated endocytosis | endositosis berantarakan reseptor | Veterinar | Praklinikal | Mekanisme pengingesan molekul tertentu oleh sel. Proses ini berlaku melalui saling tindakan khusus reseptor-ligan pada permukaan sel. Endositosis berlaku apabila ligan yang terikat reseptor diingeskan. Contoh proses ini ialah pengambilan ferum oleh eritroblas dalam sumsum tulang untuk membentuk hemoglobin. |