epistasis | epistasis | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Bentuk pewarisan bukan Mendelian apabila satu alel bagi satu gen boleh mengganggu pengekspresan alel yang satu lagi. Fenomena interaksi antara alel-alel ini memberi kesan kepada fenotip. Terdapat tujuh jenis interaksi, iaitu dominan, resesif, perencatan dominan, dominan resesif, interaksi gen polimorfik, dominan pendua dan resesif pendua. |
recessive | resesif | Kejururawatan | Tiada | Perihal gen yang sifatnya diwarisi tetapi tidak dapat diperlihatkan pada seseorang individu. |
autosomal genes | gen autosom | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Gen yang terletak di kromosom sel tubuh (somatik) dan bukan kromosom seks. Gen autosom dikategorikan sebagai gen autosom dominan dan autosom resesif. Contoh gen autosom dominan ialah lembu yang tidak bertanduk, manakala contoh gen autosom resesif ialah lembu yang bertanduk. Warna putih pada bulu kambing juga dikawal oleh gen autosom dominan. Gen autosom mempunyai kesan yang sama terhadap haiwan jantan atau betina. |
albinism | albinisme | Kejururawatan | Tiada | Keadaan yang diwarisi melalui gen resesif yang dicirikan dengan ketiadaan pigmen melanin pada kulit, mata dan rambut sejak lahir. Keadaan ini disebabkan ketiadaan tirosinase, iaitu enzim yang terlibat dalam menghasilkan melanin. |
lethal gene | gen maut | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Gen homozigus resesif yang boleh menghalang perkembangan organisma atau menyebabkan kematian organisma atau sel germa. |
codominant | kodominan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Dua alel yang tiada hubungan dominan atau resesif, tetapi akan membentuk haiwan baharu apabila diekspresikan bersama. |
homozygous | homozigus | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Dua alel yang serupa dan alel homozigus mungkin berkeadaan dominan atau resesif. |
genotype | genotip | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Keseluruhan set gen dalam sel, organisma atau individu. Genotip ialah faktor utama yang menentukan fenotip organisma. Gen untuk ciri tertentu mungkin wujud dalam dua bentuk alel, dominan (AA) dan resesif (aa). Terdapat tiga genotip berkemungkinan wujud untuk ciri tertentu. Contohnya, genotip AA menggambarkan homozigot dominan, manakala genotip Aa ialah contoh dominasi heterozigot. Genotip aa ialah contoh homozigot resesif. |
incomplete dominance | dominan tak lengkap | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Suatu bentuk pewarisan pertengahan bagi haiwan yang mempunyai alel dominan dan resesif (heterozigus). Dalam dominan tak lengkap, salah satu alel tidak akan memberikan kesan fenotip dengan menyingkirkan kesan alel yang kedua, tetapi kesan fenotip yang terhasil ialah percampuran kedua-dua alel tersebut. |
gene action | tindakan gen | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Kaedah gen tertentu yang memberikan kesan kepada badan. Tindakan gen boleh menjadi dominan atau resesif, terangkai seks atau terlibat dalam aberasi kromosom. Gabungan tindakan gen akan menghasilkan fenotip yang dapat dilihat pada organisma. |