Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.sin] | ريسين

Definisi : (résin) 1. bahan lekit berwarna kuning atau coklat yg diperoleh drpd pokok tertentu, spt pain dan fir, dan digunakan utk membuat varnis, ubat dsb, damar; 2. damar yg dibuat secara sintetik, yg digunakan sbg bahan asas dlm membuat barangan plastik dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.sin] | ريسين

Definisi : /résin/ 1 bahan lekit berwarna kuning atau coklat yg diperoleh dr pokok tertentu, spt pain dan fir, dan digunakan utk membuat varnis, ubat dsb; damar. 2 damar yg dibuat secara sintetik, yg digunakan sbg bahan asas dlm pembuatan barangan plastik dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata resin


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
macroporous resinresin makroliangKimiaKimia AnalisisResin yang mempunyai liang yang lebih besar daripada resin penukar ion biasa. Liang yang besar diperoleh apabila pelarut yang terperangkap semasa pempolimeran menjadi kering. Dikenali juga sebagai resin makroretikular.
resinresinHerbaTiadaBahan lelehan atau damar yang diperoleh melalui torehan atau penyulingan daripada bahan mentah herba. Resin ini berbentuk pepejal amorf dan terdiri daripada bahan kimia yang kompleks. Apabila dipanaskan resin menjadi lembut dan mencair. Resin tidak larut air, tetapi larut alkohol atau organik. Contohnya, kemenyan ialah resin yang diperoleh daripada torehan kulit batang pokok Styrax benzoin.
chelating resinresin pengkelatanKimiaKimia AnalisisResin penukar ion yang mempunyai sifat pemilihan yang tinggi untuk kation tertenu. Contoh seperti resin fenol fomaldehid dengan 8-kuinolinol sangat memilih kepada ion-ion kuprum, nikel, kobalt dan ferum.
macroreticular resinresin makroretikularKimiaKimia Analisislih. resin makroliang.
resinresinHerbaPemiawaianCampuran sebatian asid karboksilik, minyak pati dan sebatian semula jadi lain yang tidak larut air. Pada umumnya, campuran ini mempunyai bau yang kuat, tetapi beraroma. Resin boleh didapati dalam rizom halia (Zingiber officinale).
resinresinKesenianHiasan DalamanBahan lekit berwarna kuning atau coklat daripada pokok tertentu, seperti tengkaras(gaharu), resak, pain dan fir dan digunakan untuk membuat varnis, damar dan sebagainya.
acrylic resinresin akrilikPergigianTiada-
polimer resinresin polimer-TiadaBahan kimia yang digunakan untuk proses salutan UV pada bahan cetak.
resin acidasid resinKimiaKimia AnalisisZat cecair atau pepejal melekit yang mudah terbakar dan tak laru dalam air. Asid resin disediakan melalui pempolimeran dan digunakan dalam industri plastik.
resin curingpematangan resinBuluhTiadaKaedah untuk mematangkan perekat dengan kehadiran haba atau tanpa haba.
123

Kembali ke atas