Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.so.lu.si] | ريسولوسي

Definisi : (résolusi) 1. keputusan rasmi yg di­capai dlm sesuatu mesyuarat, persidangan, dsb, ketetapan; sebanyak 16 ~ telah diambil dlm perjumpaan itu; 2. azam, tekad: ~ tahun baru. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.so.lu.si] | ريسولوسي

Definisi : /résolusi/ 1 keputusan atau ketetapan yg dibuat dlm sesuatu mesyuarat atau persidangan. 2 ist bilangan unit paparan terkecil dlm satu inci persegi pd paparan skrin komputer. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata resolusi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
resolutionresolusiUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKetetapan yang dibuat oleh pertubuhan antarabangsa mengenai sesuatu isu atau pertikaian. Terdapat resolusi yang mengikat dan resolusi yang tidak mengikat. Resolusi Majlis Keselamatan yang diluluskan di bawah Bab VII Piagam PBB adalah mengikat. Contohnya, resolusi untuk mengenakan sanksi ekonomi dan ketenteraan terhadap Iraq yang melanggar Piagam PBB apabila menawan Kuwait pada tahun 1990. Resolusi Perhimpunan Agung PBB pula adalah tidak mengikat.
resolutionresolusiKesusasteraanTiadaPeristiwa atau konfliks yang berjaya dileraikan. Peristiwa biasanya berlaku dalam drama dan naratif. Resolusi merupakan hasil klimaks, biasanya disusuli oleh aksi menurun. Resolusi berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud �melonggarkan atau mencairkan�. Lihat juga peleraian, puncak.
ResolutionresolusiTeknologi MaklumatTiadaJumlah piksel yang dapat dipaparkan pada suatu skrin monitor. Resolusi dinyatakan sebagai bilangan piksel yang mendatar x bilangan piksel yang menegak, misalnya (1024 x 768). Lebih tinggi jumlah piksel maka lebih tinggi resolusi paparan skrin. Berikut adalah beberapa contoh jenis monitor dan resolusinya: VGA (640 x 480) SVGA (800 x 600) XGA (1024 x 768) SXGA (1280 x 1024)
draft resolutiondraf resolusiUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKenyataan awal mengenai sesuatu ketetapan. Draf ini perlu mendapat persetujuan anggota-anggota sebelum menjadi satu keputusan. Dalam undang-undang antarabangsa, draf resolusi dibuat oleh anggota sesuatu organ (komponen utama dalam sesebuah pertubuhan antarabangsa) Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) seperti Majlis Keselamatan dan Perhimpunan Agung untuk mendapatkan persetujuan negara anggota lain bagi mengambil langkah atau tindakan tertentu. Contohnya, pada tahun 2014, Jordan secara rasmi telah menyerahkan satu draf resolusi kepada Majlis Keselamatan PBB bagi meminta perdamaian antara Israel dan Palestin diadakan dalam tempoh setahun dan rejim Zionis perlu menamatkan pendudukannya di semua wilayah Palestin menjelang 2017.
Islamic Conference of Foreign Ministers (ICFM)Persidangan Menteri-Menteri Luar Islam (ICFM)Undang-undangUndang-undang AntarabangsaBadan kedua tertinggi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang dianggotai oleh menteri luar negara anggota. Persidangan ini mempertimbangkan cara bagi melaksanakan dasar umum dan resolusi, meluluskan resolusi baharu dan memeriksa laporan kewangan serta meluluskan belanjawan. Persidangan ini diadakan setahun sekali atau apabila timbul keperluan. Lihat juga Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Al-Quds (Jerusalem) CommitteeJawatankuasa BaitulmuqaddisUndang-undangUndang-undang AntarabangsaJawatankuasa tetap Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang ditubuhkan hasil Persidangan Menteri-Menteri Luar Islam Ke-6 pada Julai 1975. Jawatankuasa ini bertujuan mengkaji keadaan di Baitulmuqaddis dan meletakkan resolusi OIC atau resolusi pertubuhan antarabangsa lain yang selari dengan pendirian OIC mengenai konflik Baitulmuqaddis. Negara yang menganggotai jawatankuasa ini dipilih oleh Majlis Menteri-Menteri Luar bagi tempoh tiga tahun.
resolutionresolusiFarmasiTiada1. Pemisahan suatu campuran atau sebatian tak aktif optif kepada komponen-komponen yang aktif optik. 2. Kebolehan spektrometer membezakan jalur penyerapan yang berdekatan atau memisahkan dua garis spektrum yang sangat berdekatan dengan sempurna.
resolutionresolusiKomunikasiTiada1. Kebolehan sistem optik atau proses fotografi untuk menghasilkan semula perincian imej gambar di dalam bingkai. 2. Sistem siaran televisyen yang dikenal pasti secara teknikal berdasarkan jumlah garisan yang terdapat pada satu-satu bingkai sesaat. Contohnya, sistem PAL yang telah diperkenalkan di Jerman mempunyai 625 garisan sesaat dan Sistem NTSC yang telah diperkenalkan di Amerika Syarikat mempunyai 525 garisan sesaat.
resolutionresolusiPerubatanTiadaKepisahan dua titik atau struktur berdekatan, atau dua komponen yang agak berbeza dengan menggunakan sesuatu teknik, misalnya melalui mikroskop atau teknik kromatografi.
resolutionresolusiFizikOptikUkuran kuantitatif tentang kemampuan alat optik untuk menghasilkan imej yang berasingan. kuasa peleraian.
12345678910

Kembali ke atas