fine dining restaurant | restoran hidangan pesona | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Restoran yang mempunyai suasana yang eksklusif dan formal serta penyediaan hidangan disajikan oleh pramusaji dengan layanan istimewa. Lazimnya harga hidangan adalah mahal. |
casual dining restaurant | restoran hidangan kasual | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Restoran yang mempunyai suasana yang santai dan tidak formal serta penyediaan hidangan disajikan sama ada dengan kaedah bufet, layan diri atau pramusaji. Lazimnya harga hidangan adalah berpatutan. |
seaside restaurant | restoran tepi laut | Pelancongan | Tiada | Tempat menjual makanan dan minuman, serta menyediakan kemudahan untuk menikmati makanan di tepi laut. |
mobile restaurant | restoran bergerak | Pelancongan | Tiada | Kedai makan yang dikendalikan dengan menggunakan kenderaan seperti van. |
quick service restaurant | restoran perkhidmatan pantas | Pelancongan | Tiada | Kedai yang menyediakan perkhidmatan makanan segera yang cepat, seperti Kentucky Fried Chicken dan McDonald. |
fine dining | hidangan pesona | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Berkaitan dengan hidangan yang disediakan di restoran yang mempunyai suasana yang eksklusif dan formal serta penyediaan hidangan disajikan oleh pramusaji dengan layanan istimewa. Lazimnya harga hidangan adalah mahal. |
casual dining | hidangan kasual | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Berkaitan dengan hidangan yang disediakan di restoran yang mempunyai suasana yang santai dan tidak formal serta penyediaan hidangan disajikan sama ada dengan kaedah bufet, layan diri atau pramusaji. Lazimnya harga hidangan adalah berpatutan. |
foodtographer | pemfoto saji | Umum | Tiada | Individu yang merakam gambar makanan yang dihidangkan di restoran, biasanya bertujuan untuk berkongsi gambar di media sosial. |
reserved seat | tempat duduk ditempah | Pelancongan | Tiada | Kerusi yang telah dipesan sama ada di restoran, dewan, pawagam atau di dalam kapal terbang, kereta api, bas dan feri melalui bayaran cagaran atau bayaran penuh. |
seat turnover | tukar ganti tempat duduk | Pelancongan | Tiada | Kekerapan kerusi yang dipenuhi oleh pelanggan di restoran menggambarkan sambutan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan. |