socialist revolution | revolusi sosialis | Sains Politik | Politik Perbandingan | Salah satu bentuk revolusi dalam sejarah revolusi. Revolusi ini merupakan sebahagian daripada sejarah materialisme menurut idea Marx. Revolusi sosialis merupakan salah satu tahap yang akan dilalui oleh masyarakat sebelum mencapai tingkat revolusi komunis. Marx memberi gambaran bahawa masyarakat berubah daripada tahap primitif melalui beberapa tahap kepada tahap komunis. Menurut Marx, revolusi akan berlaku apabila tingkat eksploitasi oleh golongan kapitalis terhadap golongan pekerja mencapai tahap yang serius, lalu membawa kepada penentangan golongan buruh terhadap golongan kapitalis. Namun begitu, ramalan Marx ini tidak menjadi realiti. |
counter revolution | revolusi balas | Sains Politik | Politik Perbandingan | Revolusi yang digerakkan sebagai tindak balas terhadap revolusi yang merombak sistem, aturan sosial dan pemikiran sesebuah masyarakat. Revolusi balas ini muncul disebabkan wujudnya pemikiran yang tidak bersetuju dengan gerakan revolusi yang telah tercetus sebelum ini. Revolusi balas tidak bermakna satu gerakan yang ingin mengembalikan sistem sosial sebagaimana yang wujud sebelum itu tetapi kebiasaannya merujuk kepada keinginan untuk memperbaiki beberapa aspek dalam revolusi yang dilihat tidak sesuai dengan kehidupan masyarakat. Misalnya kemunculan pemikiran Positivisme yang dipelopori oleh Henry St. Simon dan Auguste Comte pada abad ke-18 merupakan satu bentuk revolusi balas dari sudut pemikiran yang menentang aspek kebebasan mutlak yang dianjurkan oleh Revolusi Perancis ketika itu. Namun idea ini tidak bermakna mahu mengembalikan pemikiran masyarakat Perancis seperti zaman feudal sebelum revolusi tercetus. |
revolution | revolusi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Gerakan besar-besaran yang mengubah sistem politik, ekonomi dan sosial sesebuah masyarakat. Gerakan lazimnya berlaku dari bawah atau digerakkan oleh masyarakat kelas bawahan khususnya golongan tani. Golongan yang tertindas akan melancarkan revolusi bagi mengubah sistem yang begitu mencengkam. Walaupun pernah muncul idea Marx mengenai revolusi proletar yang mungkin meletus, namun idea ini tidak menjadi realiti. Sebaliknya revolusi yang berlaku di dunia hanya bergerak dalam masyarakat tani seperti di China, Cuba, Vietnam dan Cambodia. Revolusi yang menukarkan sistem politik ini boleh berlaku kepada sistem beraja ataupun republik. Meskipun terdapat perbincangan mengenai revolusi daripada golongan atasan seperti yang berlaku di Jerman di bawah Hitler, namun penggunaan istilah revolusi lebih banyak merujuk kepada revolusi dari bawah. Revolusi kemudiannya membentuk satu masyarakat baru yang berbeza dengan struktur lama. |
revisionist | revisionis | Sains Politik | Politik Perbandingan | Golongan yang mentafsir semula sesuatu ideologi yang biasanya dikaitkan dengan ideologi komunisme atau sosialisme. Salah satu golongan yang utama ialah gerakan sosialisme Marxian yang menilai semula pemikiran Marxis berhubung dengan revolusi proletar. Gerakan ini mula mencadangkan perubahan masyarakat secara evolusi dan bukannya secara revolusi setelah melihat revolusi industri England gagal membawa sebarang revolusi proletar seperti yang dianjur oleh Marx. Golongan ini mula memikirkan kembali kekuatan teori tersebut dan mencadangkan pindaan seperti konsep polisentrisme yang dianjurkan oleh Togliatti dan Bernstein. Mereka mahukan suatu gagasan yang lebih realistik kesan daripada perubahan keadaan terutamanya sifat bekerja, sikap pemodal dan kedudukan buruh yang lebih baik. |
coup d'etat | rampasan kuasa | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan politik yang bersifat mendadak dalam menjatuhkan sesebuah kerajaan atau pemerintahan dan seterusnya mengambil alih kuasa tersebut. Tindakan ini lazimnya dilakukan oleh golongan tentera atau pemimpin awam yang mendapat bantuan ketenteraan. Dari sudut sosiologi, rampasan kuasa terjadi dalam keadaan sesebuah kerajaan yang ekonomi dan sosialnya tidak stabil. Rampasan kuasa berbeza daripada revolusi. Revolusi merombak keseluruhan sistem masyarakat dan negara, sementara rampasan kuasa hanya menukar kepimpinan kerajaan atau elit yang memerintah tanpa mengubah struktur masyarakatnya. Pihak yang merampas kuasa biasanya akan mengembalikan urusan pemerintahan kepada rakyat untuk memilih kerajaan baru apabila keadaan sosial telah kembali stabil. Namun begitu, terdapat juga situasi yang mengekalkan kuasa golongan yang melancarkan rampasan kuasa ini . Contohnya kebanyakan negara Amerika Latin dan Afrika mengalami kudeta tentera pada dekad 1960-an dan 1970-an. Sinonim kudeta/coup d'etat. |
Marxism-Leninism | faham Marx-Lenin | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman komunis yang dikembangkan oleh Lenin dari doktrin Marx berhubung dengan revolusi komunis yang menggabungkan kelas pekerja, pemimpin pekerja dan petani. Pemikiran ini wujud kerana kegagalan gagasan Marx dalam melahirkan masyarakat komunis secara dialektik materialisme semula jadi. Marx meramalkan golongan buruh ini akan melancarkan revolusi proletar untuk menjatuhkan kelas kapitalis lalu membentuk satu masyarakat tanpa kelas. Lenin kemudiannya mengubah suai fahaman Marx dan membentuk sebuah parti politik di Rusia untuk menggerakkan kelas bawahan gabungan buruh dan petani bagi melancarkan revolusi memperbaik kedudukan mereka. Antara pindaan penting yang dibual oleh Lenin ialah penampilan peranan parti politik, penonjolan kelas tani serta peranan sekumpulan kecil elit yang mendorong kepada revolusi ini. Pemikiran ini merupakan pencetus revolusi di Rusia pada tahun 1917. Sinonim Marxisme-Leninisme. |
Green Revolution | Revolusi Hijau | Sains Politik | Politik Perbandingan | Program meningkatkan produk pertanian yang berkualiti tinggi dengan menggunakan teknologi moden. Program ini dilaksanakan melalui penggunaan tanah yang optimum, benih dan baja yang berkualiti, racun yang berkesan, terusan dan sistem perparitan yang baik serta jentera yang sesuai bagi menambah baik sistem pertanian tersebut. Perancangan rapi dibuat supaya negara tersebut menghasilkan pengeluaran yang sesuai dengan sifat ekologi negara tersebut. Bagi menjayakan program ini, tenaga buruh digunakan secara optimum. Revolusi Hijau selalu dikaitkan dengan usaha negara sedang membangun yang tidak berupaya melaksanakan program industri secara berkesan. Idea mengenai revolusi ini dihasilkan oleh saintis Amerika Syarikat iaitu Norman E. Borlaug yang telah memenangi Hadiah Nobel tahun 1970 kerana ikhtiarnya yang cuba menghapuskan kebuluran dunia. |
love revolution | revolusi cinta | Sosiologi Keluarga | Tiada | - |
green revolution | revolusi hijau | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Era berlakunya peningkatan hasil pertanian secara drastik disebabkan oleh penemuan baharu dalam penghasilan baja, herbisid dan pestisid secara sintetik. Era ini bermula pada tahun 1950-an hingga akhir tahun 1960-an. |
neoclassicism | neoklasisisme | Kesenian | Tiada | Aliran abad ke-20 dalam gubahan muzik sebagai revolusi terhadap gaya romantik dengan kembali kepada bentuk dan idea zaman klasik. |