Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ri.bu.ri.bu] | ريبو٢

Definisi : sj tumbuhan (paku-pakis), selada, Lygodium scandens; ~ besar = ~ gajah sj tumbuhan (paku-pakis), Lygodium flexuosum; ~ bukit = ~ duduk sj tumbuhan (paku-pakis), akar sidin, paku jari merah, Lygadium circinnatum; kayu ~ sj tumbuhan (pokok renek), Anisophylla scor­techinii. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ri.bu.ri.bu] | ريبو٢

Definisi : nama sj tumbuh-tumbuhan paku pakis yg dpt dibuat ubat (utk penyakit berak darah dsb), Lygodium scandens. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ribu-ribu

Puisi
 

Ribu-ribu di tepi jalan,
     Den tanam kunyit timbal balik;
Kalau rindu anak berjalan,
     Usah dikenang dagang tak berbalik.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Tidak berat diampu.

Bermaksud :

Tidak perlu ribut-ribu tentang kerja yang tak penting.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
antibody-conjugated silica nanoparticleantibodi berkonjugat nanozarah silikaFizikNanoteknologiAntibodi yang bercantum dengan kapsul zarah silika yang mengandungi beribu-ribu molekul pencelup berpendarfluor untuk digunakan dalam bioanalisis yang sangat peka. Dalam kaedah konvensional, satu molekul antibodi disangkutkan dengan hanya satu atau beberapa molekul pencelup supaya isyarat peristiwa ikatan antibodi-antigen menjadi amat kecil. Antibodi ini digunakan untuk mengesan sel bakteria dalam sampel, dalam tempoh kurang daripada 20 minit.
biogenicbiogenikSains MarinTiadaBerkaitan dengan sesuatu bahan yang berasal daripada organisma hidup atau yang terhasil melalui proses biologi. Contohnya, organisma laut yang telah mati beribu-ribu tahun dahulu akan menghasilkan endapan seperti arang batu, minyak dan batu kapur.
silicon electronicselektronik silikon (ilmu)FizikNanoteknologiBidang ilmu sains dan teknologi yang berkaitan dengan penggunaan bahan semikonduktor silikon dalam pembuatan peranti elektronik. Peranti silikon yang paling ringkas terdiri daripada sambungan bahan semikonduktor jenis-n dan jenis-p. Ratusan ribu transistor kecil bersaiz mikro dapat dibina di atas satu kepingan wafer silikon dengan menggunakan teknik litografi bagi menghasilkan mikrocip. Contoh peranti elektronik silikon ialah diod, transistor, diod pemancar cahaya, sel suria, dan mikrocip.
micro-statenegara mikroSains PolitikPolitik PerbandinganNegara yang sangat kecil dari segi bentuk saiz atau bilangan penduduk seperti Monaco, Nauru, Tuvalu, Kiribati, Grenada, Antigua, Dominica dan St. Lucia. Negara ini mempunyai saiz lebih kurang 200-300 km persegi dan penduduk kurang daripada 50 000 ribu.

Kembali ke atas