Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bp harimau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rimau I

Puisi
 

Buah limau masak merekah,
     Bawa pulang dibelah empat;
Rimau yang garang lagi kulangkah,
     Inikan pula musang Jebat.


Lihat selanjutnya...(21)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
honeycomb stingraypari rimauPerikananTiadaIkan pari daripada famili Dasyatidae, spesies Himantura uarnak. Pari rimau berbintik dan berwarna kebiru-biruan. Ikan ini bersifat demersal dan mempunyai tabiat membenamkan badan ke dalam pasir berdekatan pantai atau teluk. Ikan ini amat berpotensi sebagai ikan rekreasi. Sinonim pari bunga.
zebra sharkyu rimauPerikananTiadaIkan yu daripada famili Stegostomatidae, spesies Stegostoma fasciatum. Yu rimau mendiami laut pada kedalaman 5 hingga 30 meter. Ciri yang paling ketara pada ikan ini ialah badannya yang berbelang seakan kuda belang, langsing dan tirus, mempunyai tompokan hitam yang berselerak di seluruh badan termasuk sirip serta mempunyai ekor yang panjang. Selain itu, terdapat juga satu banjaran yang jelas di kedua-dua sisi badan dan muncung bulat dengan sesungut kecil. Ikan ini gemar memakan moluska, krustasia dan ikan kecil dengan cara menyedut keluar makanan daripada pasir pada waktu malam. Ikan ini ditangkap menggunakan pukat tunda atau pancing. Nama lain bagi ikan ini ialah yu kebut atau yu cicak.
Phyllagathis griffithiikerakap rimauHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan herba dalam famili Melastomataceae yang dikenali juga sebagai tutup bumi rimba, tapak sulaiman dan seriau malam. Kerakap rimau tumbuh subur dalam hutan pamah yang lembap dan teduh. Tumbuhan ini mempunyai batang berkayu yang pendek dan menjalar di atas tanah. Daunnya besar, berbentuk hati, panjang dan lebar sehingga 25 cm dan bertekstur keras. Tangkai daun panjang sehingga 20 cm. Bunganya kecil berwarna putih. Akar digunakan dalam ramuan herba untuk wanita, yang berfungsi untuk memberikan tenaga, membaiki pengaliran darah dan mengecutkan rahim. Air rebusan daun dan akar digunakan untuk mengubati demam.
Lignosus sp.Cendawan susu rimauPertanianTiadaCendawan ini sukar ditemui. Ia terletak dalam famili Polyporaceae dan tumbuh di kawasan yang kaya dengan humus dan terlindung daripada pancaran matahari. Pembiaikan cendawan ini adalah melalui spora. Mempunyai tuber dalam tanah yang digunakan sebagai penawar sakit barah.
honeycomb stingraypari bungaPerikananTiadaLihat pari rimau.

Kembali ke atas