sympodial | simpodial | Buluh | Tiada | Perihal sistem percabangan rimpang buluh secara berumpun. Percabangan ini membentuk rimpang yang tumbuh berdekatan induk. Buluh simpodial ditemui dalam iklim tropika seperti Asia Tenggara dan Selatan Amerika. Contoh buluh simpodial ialah daripada genus Bambusa, Gigantochloa, Dendrocalamus. Sinonim pakimorf. |
rhizome | rimpang | Buluh | Tiada | Bahagian batang yang tumbuh di bawah permukaan tanah, dan akan membentuk ruas, buku dan mata tunas. Bahagian ini merupakan tempat simpanan makanan yang dihasilkan oleh buluh dan boleh tumbuh semula untuk menghasilkan tumbuhan baru. Rimpang juga boleh digunakan sebagai bahan pembiakan buluh. |
monopodial | monopodial | Buluh | Tiada | Perihal sistem percabangan tunggal rimpang buluh secara mendatar. Percabangan ini menyebabkan rebung tumbuh jauh dari induk. Buluh monopodial kebanyakannya ditemui dalam iklim sederhana seperti Jepun, China dan Korea. Contoh buluh monopodial ialah Arundinaria, Phyllostachys dan Tetragonocalamus. Sinonim leptomorf. |
amphiphodial | amfifodial | Buluh | Tiada | Perihal sistem pertumbuhan paksi rimpang buluh secara mendatar dan berumpun. Contoh spesies buluh yang dikategorikan sebagai amfifodial ialah Indocalamus latifolius, I. longiauritus, I. wilsoni dan I. tessellatus. |
bamboo shoot | rebung buluh | Buluh | Tiada | Tunas muda yang terhasil daripada rimpang buluh. |