cabaletta | cabaletta | Muzik | Tiada | 1. Muzik tarian yang pendek, melodi dan corak ritmanya tidak kompleks. 1. Aria pendek dan ringkas. 2. Lagu dalam bentuk rondo. 3. Rangkap ulang dalam lagu. |
arietta | arietta | Muzik | Tiada | 1. Sebuah aria pendek, ringkas dan biasanya dikaryakan dalam bentuk biner. 2. Aria yang dikenali sebagai arietta dalam opera Perancis muncul pada awal abad ke-18. Manakala pada akhir abad ke-18, arietta ialah sebuah lagu opéra comique Perancis yang melibatkan teknik vokal virtuoso. |
maceration | maserasi | Herba | Tiada | Proses pengekstrakan secara rendaman bahan herba dengan bahan pelarut akueus, organik atau minyak sayuran dalam bekas yang tertutup pada tempoh tertentu. Nisbah bahan herba dengan pelarut yang biasa digunakan ialah 1:5 atau 1:10. Terdapat empat teknik maserasi, iaitu maserasi ringkas, maserasi kinetik, maserasi ulang dan pencernaan. Kaedah ini sesuai digunakan untuk bahan herba yang tidak tahan haba bagi mengekalkan keutuhan komponen kimia. Sinonim pemaseratan. |
additive | aditif | Herba | Pemiawaian | Bahan tambahan yang dimasukkan ke dalam sesuatu bahan atau campuran bahan lain dengan tujuan tertentu seperti untuk memberikan warna, menambahkan perisa atau memperbaiki sifat campuran tersebut. Contohnya, asid asetik yang ditambah sebanyak 1% dalam campuran minuman herba untuk memecahkan komponen gula bagi menghasilkan asid fenolik ringkas agar mudah diserap dalam usus. |