Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rin.ta.ngan] | رينتڠن

Definisi : sesuatu yg merintangi, halangan, gangguan: tiadanya pendidikan yg mustahak ini akan menjadi ~ besar utk kanak-kanak melanjutkan pelajaran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rin.ta.ngan] | رينتڠن

Definisi : sesuatu yg merintang; halangan; gangguan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rintang
Kata Terbitan : merintangi, terintang, rintangan,

Peribahasa

Ingat ranting yang akan melenting,
     dahan yang akan mencocok,
duri yang akan mengait.

Bermaksud :

Hendaklah selalu beringat tentang segala bahaya dan rintangan ketika melakukan sesuatu pekerjaan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
thermistortermistorKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKomponen litar rintangan yang mempunyai pemboleh ubah rintangan suhu negatif yang meningkat jika suhu rintangan berkurangan.
resistance exercisesenaman rintanganMakanan dan PemakananTiadaAktiviti fizikal yang menggunakan kekuatan otot untuk mengangkat berat atau menjalankan kerja melawan beban rintangan. Berat badan seseorang juga boleh digunakan bagi membekalkan rintangan seperti apabila seseorang melakukan aktiviti bangkit tubi dan mendagu.
effective resistancerintangan berkesanKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaJumlah rintangan hasil gabungan lain yang disambung secara bersiri atau selari.
resistancerintanganPerikananAkuakulturKemampuan ikan untuk menahan dan tidak terjejas dengan serangan patogen tertentu. Rintangan juga merupakan keupayaan patogen untuk menahan kesan antibiotik atau kimia akibat daripada penggunaan kimia dan antibiotik yang berlebihan atau secara berterusan tanpa kawalan.
accommodation deviceperanti penyesuaianSains SukanBiomekanikPeranti pada peralatan bebanan atau rintangan yang boleh diubah suai untuk mengimbangi daya yang dikenakan oleh pelaku. Bebanan atau rintangan dikawal melalui pelbagai cara seperti sistem gear, geseran dan silinder hidraulik. Peranti ini hanya terdapat pada peralatan berbentuk mesin. Peranti ini juga boleh mengurangkan risiko kecederaan dan memudahkan pengguna untuk melakukan senaman.
oil viscositykelikatan minyakKejuruteraan AutomotifEnjinUkuran rintangan terhadap aliran minyak yang diukur dalam unit kg/ms, P (Poise) atau St (Stokes) atau dalam bentuk indeks kelikatan piawai. Nilai tinggi menandakan rintangan yang lebih terhadap aliran, menyebabkan aliran mengalir dengan lebih perlahan. Pada masa yang sama, nilai tinggi juga menandakan keupayaan minyak untuk menanggung beban yang tinggi. Kelikatan minyak berubah dengan kadar songsang terhadap suhu. Minyak yang baik ialah minyak yang dapat mengekalkan kelikatannya dalam enjin pada julat suhu yang besar.
giant magnetoresistance (GMR)magnetorintangan raksasa (GMR)FizikNanoteknologiFenomena rintangan bahan tertentu yang berubah terlalu besar apabila medan magnet dikenakan terhadapnya. Kesan ini dapat dilihat pada struktur multilapisan magnet, dengan dua lapisan magnet diasingkan dengan rapat oleh suatu lapisan dengan ketebalan beberapa nanometer. Lapisan magnet pertama hanya membenarkan elektron dalam suatu keadaan spin melepasinya dengan mudah sekiranya lapisan magnet kedua sejajar dengannya. Sekiranya lapisan kedua tidak sejajar, aliran spin tidak mudah merentasi struktur kerana rintangan elektrik adalah tinggi. Contohnya dalam struktur multilapisan Fe/Cr dan Co/Cu, magnitud perubahan rintangan adalah sekitar 100% pada suhu rendah. Antara penggunaan magnetorintangan raksasa ialah penderia kompas elektronik, ingatan magnet bukan meruap dan pengesanan periuk api.
resistancerintanganKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaSifat bahan yang menentang arah aliran arus elektrik, dinyatakan dalam unit ohm.
resistancerintanganKejururawatanTiadaDaya keimunan yang dimiliki oleh badan seseorang.
fire resistantrintangan apiinsuransTiadaPembinaan mengikut piawai tertentu yang direka untuk menahan kebakaran dan mengurangkan rebakan kebakaran.
12345

Kembali ke atas