risk management | pengurusan risiko | Teknologi Maklumat | Perisian | Proses pengurusan risiko bagi pembangunan sistem yang melibatkan penilaian risiko, pengenalpastian risiko, keutamaan dan analisis risiko, kawalan risiko, perancangan pengurusan risiko serta pemantauan dan resolusi risiko. Pengurusan ini bertujuan untuk memastikan sistem yang dibangunkan menepati spesifikasi perisian yang telah ditetapkan. |
enterprise risk management | pengurusan risiko usaha niaga | Pengurusan | Perancangan | Proses pengurusan risiko yang melibatkan aktiviti dalam organisasi untuk meminimumkan kesan risiko secara menyeluruh terhadap modal, pulangan serta keuntungan organisasi. Pengurusan risiko usaha niaga mengambil kira risiko kerugian yang tidak dijangka, termasuk risiko kewangan, strategik, operasi dan pelbagai risiko lain. Lihat juga pengurusan risiko. |
risk management | pengurusan risiko | Pengurusan | Perancangan | Tindakan yang dilakukan oleh pihak pengurusan organisasi terhadap risiko yang dihadapi, dengan mengenal pasti dan menganalisis situasi yang mungkin mendatangkan kesan terhadap kedudukan dan prestasi organisasi. Pengurusan risiko dilaksanakan bertujuan untuk membantu organisasi membuat keputusan atau mengambil tindakan dengan lebih berhati-hati bagi mengelakkan atau mengurangkan implikasi negatif kesan daripada risiko yang dihadapi. Elemen utama dalam pengurusan risiko ialah pengenalpastian risiko, menilai risiko, tindakan mengurangkan risiko, dan memantau kesan serta tahap risiko. |
pure risk | risiko tulen | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Dalam keadaan risiko tulen, tidak terdapat kemungkinan untuk mendapat keuntungan. Risiko ini berbeza dengan risiko spekulatif. |
Treynor index | indeks Treynor | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Ukuran terlaras risiko yang digunakan untuk mengukur prestasi portfolio yang didapati dengan membahagikan premium risiko dengan risiko sistematik. |
risk premium | premium risiko | Pentadbiran | Tiada | Pulangan tambahan terhadap kadar bebas risiko bagi mengimbangi risiko yang terpaksa ditanggung. |
risk taker | penggemar risiko | Pentadbiran | Tiada | Sikap pelabur yang suka mengambil risiko dan berkesanggupan menanggung risiko berkanaan wakaupun menjangka akan menerima hanya sedikit pulangan tambahan. |
preferred risk | risiko terpilih | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Risiko yang dianggap lebih baik daripada risiko standard. Pengiraan kadar premium adalah berdasarkan risiko standard tersebut. |
risk attitude | sikap risiko | Pengurusan | Perancangan | Rangsangan minda yang mempengaruhi pertimbangan dan tindak balas seseorang dalam membuat keputusan apabila menghadapi sesuatu keadaan ketidakpastian. Implikasi keputusan yang dipengaruhi oleh sikap risiko boleh membawa kesan positif atau negatif kepada sesuatu matlamat. Dalam situasi organisasi perniagaan, kesan positif bermakna keputusan yang diambil akan mendatangkan keuntungan, dan sebaliknya kesan negatif akan menyebabkan organisasi mengalami kerugian. Tiga kategori utama sikap risiko ialah mengelakkan risiko (keputusan untuk mengelakkan risiko dalam keadaan yang tidak pasti), menerima risiko (keputusan untuk menghadapi risiko dalam keadaan yang dapat dijangkakan) dan mencari risiko (berani membuat keputusan dalam keadaan yang berisiko bagi mencapai pulangan yang tinggi). |
takafulable risk | risiko boleh takaful | Ekonomi | Ekonomi Islam | Risiko yang boleh diterima oleh pengendali takaful untuk dilindungi melalui mana-mana skim atau pelan takaful. Risiko ini boleh diukur dengan tepat mengikut kaedah aktuari serta mempunyai kebarangkalian nilai kerugian yang rendah. Pengendali takaful mempunyai had risiko yang boleh ditanggung atau had bendungan terhadap sesuatu musibah yang perlu dilindungi. Risiko yang lebih rendah daripada had bendungan sahaja yang layak dan boleh ditakafulkan. Tujuan menerima risiko di bawah had bendungan adalah untuk memastikan supaya pengendali takaful mampu membayar nilai kerugian yang dialami oleh peserta. |