Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kemungkinan atau bahaya kerugian, kemungkinan mendapat bahaya atau ke­rugi­an: seorang sahaja yg menanggung ~ per­niagaan ini; mengambil ~ melakukan sesuatu tanpa mempedulikan kemungkinan-ke­mung­kinan bahaya; 2. akibat atau hasil yg kurang menyenangkan (drpd sesuatu tindakan dll), padah: mogok itu senang tetapi ~nya besar; berisiko mempunyai (menghadapi) risiko (bkn perniagaan, pelaburan, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kemungkinan mengalami kerugian, bahaya dll: Dlm kehidupan sehari-hari, kita sering terdedah kpd berbagai-bagai ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
risiko (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan bahaya, ancaman, padah, akibat.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pure riskrisiko tuleninsuransTiadaDalam keadaan risiko tulen, tidak terdapat kemungkinan untuk mendapat keuntungan. Risiko ini berbeza dengan risiko spekulatif.
import risk analysis (IRA)analisis risiko import (IRA)PerikananAkuakulturProses mengenal pasti isu-isu yang berpotensi memberi impak negatif terhadap pengimportan haiwan akuatik dan produk-produk berkaitan. Antara langkah-langkah yang terlibat dalam proses ini adalah melaksanakan soal selidik penilaian risiko, mengenal pasti risiko, menganalisis risiko, membangunkan dan melaksanakan pelan pengurusan risiko serta membuat pemantauan. Hasil IRA dapat membantu organisasi yang bertanggungjawab membuat keputusan untuk meluluskan atau menolak pengimportan haiwan atau produk haiwan, di samping mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan atau mengurangkan risiko pengimportan tersebut.
preferred riskrisiko terpilihinsuransTiadaRisiko yang dianggap lebih baik daripada risiko standard. Pengiraan kadar premium adalah berdasarkan risiko standard tersebut.
surplus linelini surplusinsuransTiadaRisiko atau sebahagian risiko yang tidak boleh dipasarkan melalui broker atau ejen asal dalam kawasan urus niaganya. Oleh itu, risiko ini ditawarkan kepada insurer asing (am).
risk avoidancepengelakan risikoinsuransTiadaSesuatu risiko boleh dielakkan menggunakan dua cara iaitu dengan tidak mengambil atau terdedah kepada risiko itu, atau dengan meninggalkan risiko itu supaya ianya tidak wujud lagi.
impaired riskrisiko terjejasinsuransTiadaRisiko atau perkara pokok insurans yang standardnya adalah rendah daripada risiko yang biasa. Oleh itu, premium yang dikenakan adalah lebih tinggi. Contoh: dalam insurans hayat, bakal pembeli insurans yang menghadapi penyakit jantung dikelaskan sebagai risiko terjejas.
mercantile riskrisiko merkantilinsuransTiadaRisiko dalam insurans harta berkaitan dengan pemborongan atau peruncitan dan bukan risiko yang berhubung dengan perkhidmatan, pengilangan atau penempatan.
war risk insuranceinsurans risiko peranginsuransTiadaTidak ada insurans ditawarkan bagi risiko terhadap harta atau liabiliti di darat kerana apabila tercetus peperangan, pihak kerajaan dianggapkan telah membuat peruntukan yang sewajarnya. Walau bagaimanapun, risiko perang tidak dikecualikan bagi polisi insurans hayat dan perlindungan ini juga boleh didapati bagi risiko marin dan penerbangan.
risk retentionbendungan risikoinsuransTiadaMenanggung sendiri risiko tanpa menggunakan kaedah lain seperti insurans atau pengelakan risiko.
noninsurable riskrisiko tidak boleh insuransinsuransTiadaRisiko yang tidak boleh diukur dengan tepat mengikut kaedah aktuari atau risiko yang mempunyai kebarangkalian kerugian yang amat tinggi.
12345678910...

Kembali ke atas