seasonal risk | risiko bermusim | insurans | Tiada | 1. Risiko yang wujud dalam tempoh terhad pada sesuatu tahun. 2. Harta yang digunakan dan diinsuranskan untuk beberapa tempoh tertentu dalam setahun. |
insurable risk | risiko boleh insurans | insurans | Tiada | Risiko yang boleh memenuhi sebahagian besar keperluan berikut: 1. Boleh ditakrifkan. 2. Mesti terjadi dengan tidak sengaja. 3. Mesti menyebabkan kerumitan kepada insured. 4. Tergolong kepada satu kumpulan risiko homogen yang membolehkan ramalan kerugian dibuat. 5. Tidak berbentuk malapetaka. 6. Kos insurans munasabah yang boleh ditentukan. 7. Kemungkinan berlakunya kerugian boleh dianggar. |
insurable risk | risiko boleh insurans | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Risiko yang boleh memenuhi sebahagian besar keperluan berikut: 1. Boleh ditakrifkan. 2. Mesti terjadi dengan tidak sengaja. 3. Mesti menyebabkan kerumitan kepada insured. 4. Tergolong kepada satu kumpulan risiko homogen yang membolehkan ramalan kerugian dibuat. 5. Tidak berbentuk malapetaka. 6. Kos insurans munasabah yang boleh ditentukan. 7. Kemungkinan berlakunya kerugian boleh dianggar. |
target risk | risiko sasaran | insurans | Tiada | 1. Pemegang atau pemilik polisi yang urus niaganya memerlukan perlindungan insurans yang besar. 2. Risiko yang mempunyai nilai atau had yang tinggi dan juga bahaya yang sukar untuk dilindungi atau diinsuranskan oleh syarikat insurans. |
amount at risk | amaun semasa risiko | insurans | Tiada | 1. Perbezaan di antara rizab dengan amaun muka sesuatu kontrak. Amaun semasa risiko ini menjadi semakin kecil apabila rizab meningkat (hayat). 2. Amaun insurans yang dikuatkuasakan ke atas sebarang harta oleh sesebuah syarikat tanpa mengambil kira sama ada amaun tersebut setimpal atau tidak dengan nilai sebenar harta tersebut (am). |
risk premium insurance | insurans premium risiko | insurans | Tiada | 1. Insurans hayat sementara yang boleh dibaharui setiap tahun tanpa bukti boleh insurans sehingga peringkat umur yang ditetapkan. 2. Reinsurans hayat atau kesihatan yang reinsurans hanya menerima risiko kemortalan yang dikira berdasarkan nilai muka reinsurans ditolak rizab akhir tempoh. |
overlapping insurance | insurans bertindan | insurans | Tiada | 1. Dua polisi/insurer atau lebih memberi perlindungan sama untuk risiko tertentu. 2. lih. insurans serentak. |
probabilistic safety assessment (PSA) | pentaksiran keselamatan berkebarangkalian | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Kaedah untuk mentaksir risiko sesuatu pepasangan nuklear dengan mengenal pasti peristiwa tidak diingini yang boleh berlaku, menganalisis tahap kecenderungan berlakunya peristiwa tersebut dan menjangkakan akibat sekiranya peristiwa tersebut berlaku. Lihat juga level 1 PSA, level 2 PSA, level 3 PSA. |
discount | diskaun | Ekonomi | Tiada | 1. Potongan ke atas harga barang yang dibeli secara tunai. Harga barang tersebut adalah lebih rendah berbanding dengan harga yang dibayar secara ansuran. Diskaun menggalakkan pembelian secara tunai. Sinonim diskaun tunai. 2. Perbezaan antara harga pembelian saham atau aset kewangan yang lebih rendah daripada nilai mukanya. Diskaun ini bergantung pada tempoh matang belum habis dan risiko yang terlibat dengan pemegangan aset tersebut. |