Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ri.zab] | ريزب

Definisi : sesuatu yg diperuntukkan atau disimpan khas bagi sesuatu tujuan tertentu pd masa yg akan datang, simpanan; hutan ~ hutan sim­panan (yg dikawal); tanah (kawasan) ~ tanah simpanan (yg dikhaskan) utk satu-satu tujuan (golongan) yg tertentu; ~ kerbau lembu kawasan yg ditentukan oleh kerajaan hanya utk ternakan kerbau lembu; ~ Melayu kawasan khas utk orang Melayu; merizabkan memasukkan ke dlm bahagian simpanan, mengkhususkan (tanah dll) utk sesuatu tujuan: kerajaan telah ~ sekeping tanah seluas 200 hektar utk ternakan kerbau lembu; kawasan ini telah dirizabkan utk orang Melayu; perizaban perbuatan merizabkan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ri.zab] | ريزب

Definisi : disimpan atau dikhaskan utk golongan atau utk tujuan tertentu: hutan ~ hutan simpan; kawasan ~ kawasan yg dikhaskan utk golongan atau utk tujuan tertentu. merizabkan mengekhaskan utk golongan atau utk tujuan tertentu: Kerajaan telah ~ sekeping tanah seluas seribu ekar utk projek itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rizab


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
deficiency reserverizab kekuranganPentadbiran PerniagaanTiadaRizab tambahan yang diperlukan apabila rizab premium kasar yang dibenarkan oleh syarikat insurans hayat untuk kelas polisi tertentu adalah lebih rendah daripada rizab premium paras bersih.
full preliminary term reserverizab bertempoh awalan penuhinsuransTiadaKaedah untuk mengira rizab insurans hayat yang mengandaikan bahawa rizab pada akhir tahun pertama ialah sifar dan rizab untuk tahun berikutnya dikira dengan menggunakan premium bersih untuk umur yang satu tahun lebih tua dan tempoh perlindungan yang dikurangkan dengan satu tahun.
full preliminary term reserverizab bertempoh awalan penuhPentadbiran PerniagaanTiadaKaedah untuk mengira rizab insurans hayat yang mengandaikan bahawa rizab pada akhir tahun pertama ialah sifar dan rizab untuk tahun berikutnya dikira dengan menggunakan premium bersih untuk umur yang satu tahun lebih tua dan tempoh perlindungan yang dikurangkan dengan satu tahun.
modified reserverizab terubahsuaiinsuransTiadaSistem rizab yang telah diubahsuai daripada sistem rizab premium paras penuh.
statutory reserverizab berkanunPentadbiran PerniagaanTiadaRizab yang ditetapkan oleh undang-undang sama ada rizab tertentu atau am.
legal reserve funddana rizab sahinsuransTiadaRizab minimum yang perlu diadakan oleh sesebuah syarikat bagi menjelaskan tuntutan dan tanggungjawab. Rizab ini mengambil kira liabiliti yang dinilaikan dan ditolak aset yang dibenarkan.
Fackler reserve valuation methodkaedah penilaian rizab FacklerPentadbiran PerniagaanTiadaKaedah penilaian yang menggunakan kaedah rekursif untuk mendapatkan nilai rizab pada akhir tahun berdasarkan maklumat nilai rizab pada awal tahun.
hidden reserverizab tersembunyiinsuransTiadaRizab sesebuah syarikat insurans yang tidak dinyatakan di dalam akaun yang tersiar.
riparian reserverizab sungaiKejuruteraanTiadaTanah rizab di pinggir sungai untuk mengekalkan kestabilan sungai dan operasi kerja penyelenggaraan dan aktiviti yang merosakkan tebing tidak dibenarkan. Sinonim: river reserve
river reserverizab sungaiKejuruteraanTiadaTanah rizab di pinggir sungai untuk mengekalkan kestabilan sungai dan operasi kerja penyelenggaraan dan aktiviti yang merosakkan tebing tidak dibenarkan.
12345678910...

Kembali ke atas