rhizome | rizom | Herba | Tiada | Batang berisi yang tumbuh secara mendatar di dalam tanah dan menjadi organ penyimpanan makanan. Rizom bertindak sebagai agen pembiakan tampang (vegetatif). Rizom utuh dalam bentuk kering atau segar digunakan sebagai bahan mentah herba selepas diracik, dikisar atau diserbukkan. Contohnya, rizom kunyit, rizom halia, rizom lengkuas dan rizom temu lawak. |
rhizome | rizom | Herba | Pemiawaian | Batang yang menegak di bawah tanah. Rizom tumbuhan herba seperti halia (Zingiber officinale), lempoyang (Zingziber zerumbet) dan kunyit (Curcuma longa) lazimnya digunakan dalam perubatan. |
antidyspeptic | antidispepsia | Herba | Pemiawaian | Sifat agen yang dapat melegakan atau mengurangkan rasa sakit atau senak pada bahagian perut. Contohnya, ekstrak rizom kunyit (Curcuma longa) dan rizom lempoyang (Zingiber zerumbet) yang bersifat antidispepsia. |
rheumatoid arthritis | artritis reumatoid | Herba | Pemiawaian | Sejenis penyakit yang berkaitan dengan reumatisme. Contoh herba yang dapat merawat penyakit artritis reumatoid ialah ekstrak rizom halia (Zingiber officinale) dan rizom kunyit (Curcuma longa). Lihat juga reumatisme. |
anticonvulsant | antikonvulsan | Herba | Pemiawaian | Sifat agen yang mencegah atau mengawal masalah kekejangan. Contohnya, ekstrak rizom jerangau (Acorus calamus) dan daun bayam duri (Amaranthus spinosus) yang bersifat antikonvulsan. |
antiviral | antivirus | Herba | Pemiawaian | Sifat agen yang menghalang, memusnahkan atau menyekat pertumbuhan virus. Contohnya, ekstrak rizom kunyit (Curcuma longa) yang bersifat antivirus. |
vermicide | vermisid | Herba | Pemiawaian | Ekstrak herba yang digunakan untuk membunuh cacing dalam usus. Contohnya, esktrak rizom lempoyang (Zingiber zerumbet). |
antitoxic | antitoksik | Herba | Pemiawaian | Sifat agen yang boleh meneutralkan tindak balas toksin dalam tubuh. Contohnya, ekstrak rizom halia (Zingiber officinale) yang bersifat antitoksik. |
anticholesterolemic | antikolesterolemik | Herba | Pemiawaian | Sifat agen yang mencegah atau membantu mengurangkan tahap kolesterol dalam darah. Contohnya, ekstrak rizom lempoyang (Zingiber zerumbet) yang bersifat antikolesterolemik. |
ash value | nilai abu | Herba | Tiada | Peratus abu tak organik yang terhasil daripada pemijaran bahan terutamanya bahagian akar, rizom dan daun. Nilai ini merupakan ukuran kebersihan bahan mentah daripada bahan pencemar seperti tanah dan pasir, dan campur palsu akibat kecuaian pengendalian semasa penyediaan. Terdapat empat jenis nilai abu iaitu abu total, abu tak larut asid, abu tersulfat dan abu larut air. Lihat abu total, abu tak larut asid, abu tersulfat, abu larut air, campur palsu. |