Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Jk; merobot berbunyi berdetus (spt senapang, mercun, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. mesin automatik yg diprogramkan utk bergerak dan melakukan sesetengah kerja bagaikan seorang manusia; 2. ki orang yg melakukan sesuatu tanpa fikiran dan perasaan bagaikan sebuah mesin; merobotkan menjadikan berfungsi (bekerja dsb) spt robot: apakah ini merupakan suatu usaha ke arah ~ manusia? (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : mesin yg dpt melakukan atau membuat berbagai-bagai pekerjaan manusia. merobotkan menukar sisĀ­tem pengeluaran, operasi kilang dsb kpd sistem atau operasi yg dijalankan oleh robot (mesin). perobotan proses, cara dsb menukar sistem (operasi dsb) kpd sistem (operasi dsb) yg dijalankan oleh robot. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata robot


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
robot weldkimpal robotKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPengimpalan yang dikendalikan oleh robot.
nanoroboticsnanorobotikFizikNanoteknologiIlmu teknologi untuk membina mesin atau robot berskala menghampiri skala nanometer biasanya antara 0.1 mikrometer - 10 mikrometer. Robot ini digunakan untuk berinteraksi dengan tepat kepada objek berskala nano atau berupaya bekerja pada resolusi skala nano. Contohnya, nanorobot digunakan untuk mengenal pasti dan membunuh sel kanser.
cobotkobotFizikNanoteknologiSejenis robot yang berinteraksi secara terus dengan manusia. Prototaip asal kobot telah digunakan dalam industri pemasangan kereta untuk membawa komponen yang berat seperti kerusi dan papan meter ke dalam kereta supaya tidak merosakkan kereta jika dibandingkan dengan tenaga manusia.
automationautomasiEkonomiTiadaPenggunaan alat mekanik dan elektronik yang maju, seperti komputer, mesin kira, mesin pendua, dan robot, yang boleh membantu mempercepat proses sesuatu pengeluaran. Automasi meningkatkan daya pengeluaran dan mungkin mengurangkan penggunaan tenaga manusia. Automasi merupakan kesan daripada kemajuan teknologi.
automachine welding gunpengimpal autoKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaMesin pengimpal automatik yang digunakan untuk mengimpal panel yang tidak dapat dikimpal oleh robot.
paint mixing roombilik campur catKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBilik yang menempatkan mesin pencampur untuk mencampurkan cat dan mengagihkannya melalui paip kepada robot sembur.
telepresencetelehadirTeknologi Maklumate-PembelajaranPenggunaan teknologi realiti maya yang membolehkan seseorang merasai keberadaannya di suatu lokasi yang jauh walaupun sebenarnya dia tidak berada di situ. Teknologi ini juga dapat mengawal sesuatu mesin atau robot secara jarak jauh.
artificial super intelligence (ASI)kecerdasan super buatan (ASI)Teknologi MaklumatTiadaTeknologi yang memiliki kecerdasan fungsi yang mampu melakukan semua perkara termasuklah secara fizikal, bahkan dapat mengatasi kemampuan manusia termasuklah membuat keputusan dan memilih tindakan rasional seperti robot mengambil alih mesin pembuatan.
actuatoraktuatorFizikNanoteknologiPeranti yang berperanan menghasilkan tindakan mekanik seperti membuka, menutup, melaras atau menggerakkan apabila menerima isyarat daripada suatu sensor yang dihubungkan kepada peranti tersebut. Contohnya, sistem mekanik yang menggerakkan pemacu cakera padat atau suatu lengan robot.
post-industrial societymasyarakat pascaindustriSains PolitikPolitik PerbandinganMasyarakat yang telah melalui zaman perindustrian awal dan kini melalui zaman yang lebih maju daripada masyarakat industri. Masyarakat pascaindustri merupakan kesinambungan dengan masyarakat industri. Dalam masyarakat pascaindustri, penggunaan teknologi canggih seperti komputer dan robot amat penting. Keadaan ini meningkatkan penggunaan buruh kolar putih yang bersifat kepakaran dalam pelbagai sektor seperti kewangan, perkhidmatan, pasaran serta pendidikan dan sekali gus mengurangkan penggunaan buruh kolar biru. Kesan daripada perkembangan ini, kilang intensif buruh banyak dipindahkan ke negara sedang membangun, kawasan pinggir bandar semakin diminati kerana kurang sesak dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan birokrasi menjadi lebih kecil. Secara tidak langsung, kesan politik muncul apabila sentimen wilayah atau desakan kepada desentralisasi bertambah apabila wilayah kecil mahukan lebih autonomi daripada pentadbiran pusat.
12

Kembali ke atas