rape | sesawi;rogol | Undang-undang | Tiada | Tiada |
acquaintance rape | rogol kenalan | Kejururawatan | Tiada | Perkosaan yang dilakukan oleh individu yang dikenali oleh mangsa. |
detective story | cerita detektif | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang memaparkan sesuatu jenayah. Contohnya pembunuhan, rogol, rasuah, pengedaran dadah dan rompakan. Jenayah diselesaikan oleh mata-mata gelap melalui bukti, maklumat dan petunjuk yang diselidik, dikumpulkan dan ditafsirkan secara munasabah atau diterima akal. Lumrahnya cerita detektif menghidangkan beberapa perkara, antaranya perlakuan jenayah yang dilaksanakan dengan cukup teliti, sukar dikesan dan penuh misteri, anggota polis yang kurang cekap, tertuduh yang jelas tidak bersalah tetapi disyaki, mata-mata gelap yang bijak, dan akhiran cerita yang di luar dugaan. Pada umumnya dalam cerita detektif, pembaca dan mata-mata gelap dipertemukan secara serentak dengan bukti-bukti jenayah. Seterusnya, bukti yang dipaparkan itu digunakan oleh mata-mata gelap untuk menyelesaikan jenayah yang diselidikinya. Bentuk cereka ini lebih menitikberatkan plot dan jalinan cerita yang bijak, rapi dan licin. Namun sesetengah cerita detektif mencipta protagonis yang kuat dan berkesan. Cerita detektif dianggap sebagai suatu |
rape syndrome | sindrom perkosaan | Kejururawatan | Tiada | Tanda dan simptom psikologi dan fisiologi yang dialami oleh mangsa rogol. |
posttraumatic stress disorder | kecelaruan stres postraumatik (PSTD) | Psikologi | Psikologi Umum | Reaksi tekanan atau gangguan psikologi tertangguh yang muncul beberapa bulan atau tahun selepas sesuatu kejadian buruk sehingga mengganggu kesejahteraan individu tersebut. Contohnya, individu yang pernah mengalami kejadian traumatik seperti peperangan, rogol, keganasan atau penyeksaan akan mengalami semula tekanan selepas beberapa bulan atau tahun. Malah, bagi sesetengah negara maju didapati seorang daripada 12 orang dewasa akan mengalami PSTD sekali dalam seumur hidupnya yang boleh berlarutan sehingga 10 tahun. |
serious bodily harm | kecederaan teruk badan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Kecederaan pada tubuh badan, kesan daripada jenayah genosid yang dilakukan oleh pihak-pihak yang ingin menghapuskan atau memusnahkan sesuatu kumpulan atau bangsa yang dilindungi. Kecederaan teruk badan merupakan salah satu elemen actus reus dalam jenayah genosid. Kecederaan teruk badan boleh disebabkan oleh perhambaan, kebuluran, deportasi, penahanan di kem yang memburukkan keadaan tahanan, rogol atau penderaan terhadap mangsa. |
serious mental harm | kecederaan teruk mental | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Kecederaan atau gangguan terhadap mental, kesan daripada jenayah genosid yang dilakukan oleh pihak-pihak yang ingin menghapuskan dan memusnahkan sesuatu kumpulan atau bangsa yang dilindungi. Kecederaan teruk mental merupakan salah satu elemen actus reus dalam jenayah genosid. Kecederaan teruk mental boleh disebabkan oleh perhambaan, kebuluran, deportasi, penahanan di kem yang memburukkan keadaan tahanan, rogol atau penderaan terhadap mangsa. Contoh kecederaan teruk mental ialah mangsa menjadi gila, fobia, takut, keinginan untuk mencederakan diri sendiri atau membunuh diri. |